You are here: Home Utama Era Uthmaniyyah Peristiwa yang menyedihkan apabila Khalifah Abdul Hamid dipaksa meletakkan jawatan
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Ini Sejarah Kita

menyingkap detik-detik sejarah kita sebagai muslim

Peristiwa yang menyedihkan apabila Khalifah Abdul Hamid dipaksa meletakkan jawatan

E-mail Print PDF
Selepas Sultan Abdul Hamid diberhentikan secara paksa lalu dikeluarkanlah konstitusi (perlembagaan) dasar Usmani. Parti ‘Al-Ittihad wa at-Turaqqi’ kemudian menguasai pemerintahan. Mehmed Kelima dilantik menggantikan beliau dan memerintah dari tahun 1909 hingga 1918.

Selepas penyingkiran Abdul Hameed daripada jabatan, banyak penulis mula menyerangnya (semasa bertugas) dan peribadi beliau. Sejarah beliau kemudian banyak ditulis oleh musuh-musuhnya baik di dalam mahu pun di luar Turki. Hanya beberapa orang pemikir dan ahli sejarah yang adil. Mereka melemparkan tuduhan busuk kepada beliau sama seperti yang mereka lakukan terhadap Adnan Mundaris iaitu orang yang memerintahkan dikembalikannya pengumandangan azan dalam bahasa Arab setelah mereka dipaksa oleh Mustafa Kamal untuk mengumandangnya dalam bahasa Turki. Ketika orang Turki dilarang mencaci atau mengkritik Mustafa Kamal kononnya beliau adalah pendiri Republik Turki Moden dan jika kritikan dilakukan, hukumannya adalah diasingkan tetapi pada masa yang sama kesempatan yang seluas-luasnya diberikan untuk melemparkan tuduhan keji terhadap Sultan Abdul Hameed.

Salah seorang daripada penulis yang berniat jahat adalah John Haslib, dalam bukunya “The Red Sultan” yang menjadi sangat mashyur, dan telah diterjemahkan kepada banyak bahasa seperti Arab (diterjemahkan sebagai ‘As-Sultan Al-Ahmar: Abdul Hameed) dan Turki. Buku berbahasa Turki yang bertajuk “Iki Me Min Perde Arkasi Yazan : Nafiz Tansu” oleh Ararat Yayinevi adalah sebahagian daripada propaganda yang membawa Negara Uthmaniah tenggelam dan semakin dalam dan hanya akan diselamatkan oleh Turki Muda yang telah menyingkirkan Abdul Hameed. Sebuah buku lagi oleh penulis Arab Kristian yang masyhur, Georgy Zaydan dalam bukunya “Cerita-Cerita Dalam Sejarah Islam Revolusi Uthmaniah (Riwayat Tarikh Al-Islami: Al-Inqilab Al-Uthmani)”. Buku-buku ini tidak lain hanyalah penipuan-penipuan yang telah ditulis oleh orang-orang yang sangat benci kepada Islam dan Orang-orang Islam. Ia menceritakan bahawa Sultan Abdul Hameed sebagai seorang yang tenggelam dalam keseronokan hidup seperti perempuan dan alkohol, dan raja yang zalim dan tidak memaafkan  musuh politiknya dan rakyatnya. Penipuan-penipuan ini tidak kekal  kerana al-haq (kebenaran) sentiasa menang
 

Add comment


Security code
Refresh

Ini Sejarah Kita

Infaq

Bahan Tarbiyyah

Rajah ISK

Adakah Kau Lupa

Dengan Kerjasama