Tanya Ummu Atifah

Ruangan ini khusus untuk ikhwah dan akhawat, muslimin dan muslimat untuk bertanyakan pelbagai persoalan tentang kewanitaan dan kekeluargaan bersama Ummu Atifah. Ummu Atifah merupakan Pakar Motivasi dan Kaunseling Baitul Muslim dan di lantik khas oleh dakwah.info untuk merungkai isi hati anda. Anda boleh bertanya pelbagai soalan dengan mengisi email / borang ini.

Wanita dan Kekeluargaan
Soal Jodoh PDF Print E-mail
Wednesday, 20 January 2010 13:01

Assalamualaikum Ummu,

Sy Nur. Sy telah mengalami pengalaman yg amat menyakitkan beberapa kali berkenaan jodoh. Telah beberapa kali sy dilamar oleh lelaki muslim, yg mengaku beriman, selalu menasihati sy berkenaan agama. Tetapi rupa2 nya mereka ini telah bertunang dgn wanita lain. Yg lbh menyakitkan..perkara ini berulang2 dlm thn yg sama. Sy buntu memikirkan mengapa begini yg harus sy terima. Hingga saat ini,ia masih berlaku lg. Sy sudah melakukan solat istikharah byk kali termasuk hajat dan solat sunat lain. Hinggalah bulan puasa yang lepas, sy dilamar sekali lagi oleh seorang lelaki. Petah bercakap soal agama dan hidup malah ayahnya Imam di tempat kami. Dia sudah pn berjumpa keluarga dan menyatakan hasratnya. tetapi,masalah orang ketiga pula timbul. Sy masih meneruskan solat sunat sy. Tapi tak pasti dgn jwpn ini..bantulah sy.. yakinkan kembali hati sy agar tidak memesongkan cinta sy pd Allah swt. Sy perlukan ketenangan. Boleh Ummu tunjukkan jalan yg tepat untuk sy? Apa yg patut sy lakukan sbg muslimah. Kiranya ini adalah kifarah untuk dosa sy, tiupkanlah semangat untuk sy terus berdiri menghadapi ujian ini. terima kasih.

Nur

Jawapan

Wa'alaikumussalam warahmatullahiwabarokatuh, anakanda Iffah.

Semoga Allah swt sentiasa memayungi anakanda dengan lembayung rahmat Nya di setiap detik kehidupan anakanda di dunia hinggalah ke akhirat kelak InsyaAllah.

Tiada kalimah sehebat Kalamullah - Al-Quranul karim, didalamnya penuh dengan petunjuk bagi orang yang bertaqwa dan sentiasa ingin melakukan kebaikan. Sejukkanlah hati anakanda dengan kalimah Allah swt. FirmanNya dalam surah Al-Ankabut : 2 :

"Adakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan sahaja mengatakan mereka telah beriman sedangkan mereka itu belum diuji?"

Salah satu Sunatullah untuk hambaNya yang beriman adalah diberinya ujian. Redha atau mengingkari taqdir/ujian yang diatur oleh ALlah swt itu menjadi neraca kekuatan cinta kasih dan iman seorang hamba terhadap penciptanya - Allah azzawajalla.

Justeru, bersabarlah anakanda Iffah kerana Allah swt sedang mengunci kesucian dan kesejatian cinta anakanda pada Nya. oleh itu tsabat(teguhkanlah) hatimu pada kecintaan haqiqi ini.

Perkongsian tip pemulihan hati yang luka menurut Al-Quran, As-Sunnah serta amalan generasi Al-Quran pertama didikan madrasah Rasulullah saw :

1.  Baca Al-Quran - mulakan setiap pagi selepas subuh.

a. Baca maksudnya dan lihat apakah dia perintah Allah swt dalam ayat yang dibaca yang anakanda tidak dilaksanakan lagi - baca terus laksanakan

b. Baca maksudnya dan lihat apakah larangan Allah swt yang masih anakanda lakukan - baca, taubat dan terus tinggalkan maksiat atau larangan itu

2. Hafalkan doa2 dari Al-Quran ;
a. Surah Al-Furqan : 74
b. Surah Ibrahim : 40
c. Surah Ali-Imran : 38, 193-194
3. Berwudhu' sentiasa
4. Solat dhuha, taubat sebelum tidur, tahajjud

Ummu doakan semoga anakanda diberi kekuatan untuk terus teguh di dalam suasana ubudiyyah kepada Allah swt dengan ehsan dan beramal dengan itqan(sempurna) dengan hati yang penuh keikhlasan.  

Ma'assalamah.

Salam ukhuwwah,
Ummuatifah.

 

 

 
  • 0
  • 1
  • 2
prev
next

Resah ibu muda yang masih belajar

News image

Soalan: Salam Ummu. Saya baru sahaja menimang cahaya mata dan merasa sangat bahagia. Cuma kadang-kala saya merasakan seperti hilang fokus atau minat kepada perkara selain y...

Ibu Bapa Pilih Kasih

News image

Soalan: Assalamualaikum Ummu. Saya mengalami masalah dengan kedua orang tua saya. Memandangkan sekarang hanya saya sahaja yang berada di rumah bersama ibu dan ayah, segala ...

Mahu menerima lamaran atau tidak?

News image

Soalan: Salam ukhuwah buat Ummu. Saya ada soalan berkaitan baitul muslim. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya ada seorang lelaki yang saya senangi dari segi agama dan ...

Tahnik - Sunnah Menyambut Kelahiran Yang Di Tunggu

News image

Oleh: Thoriq Ahmad Sungguh indah cara hidup Islam yang sangat memerhatikan keperluan manusia. Sedari lahir, Islam sudah mempunyai rencana yang tersendiri dan unik untuk men...

Tarbiyyatul Awlad: 10 Aktiviti Bersama Anak-Anak K

News image

Berikut adalah senarai sepuluh aktiviti yang dicadangkan untuk dilakukan bersama anak – anak setiap hari. Mungkin tidak semua dapat dilaksanakan sekali gus pada setiap hari, ...

Wanita dalam Islam

News image

Oleh: Mahdi Akif, Mursyid 'Aam IM Bismillaahirrahmaanirrahiem Segala puji bagi Allah. Shalawat dan salam atas Rasulullah saw. juga atas mereka yang berjalan bersamanya. ...

Saatnya Untuk Menikah

News image

"Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau ridho terhadap agama dan akhlaqnya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan...

Tanggungjawab suami lindungi isteri, bukan mengani

News image

Oleh Dr Suriya Osman ISTERI yang didera suami kerap mahu melindungi perkara itu daripada pengetahuan umum, lebih-lebih lagi ahli keluarganya. Mereka sanggup menghadapi segal...

Wanita dan Dakwah

News image

Hukum amal dakwah wajib syarie, tidak gugur selagi tidak wujud kerajaan bertanggungjawab terhadap mempraktikkan dan mempertahankan Islam, malah setelah penubuhan negara Islam ...

Peranan Wanita Muslimah

News image

Jika kita membaca Al-Qur’an, maka dapat kita ketahui bahawa penciptaan Nabi Adam as. bersamaan dengan ibu Hawa, yang berfungsi sebagai isteri dan kawan hidup beliau. Kita meng...

Di sisi mujahid, ada mujahidah….

News image

Oleh: Seruan Terkadang hati ini tertanya-tanya….kenapa masih perlu menunggu? Sedangkan aku tahu, aku telahpun menemui mujahidku… diri ini terlalu yakin, dialah jawapan doa ...

Tegakkanlah Rumah Tangga Muslim

News image

Oleh: Mustafa Masyhur Memperbaiki diri sendiri dan menyeru orang lain kepada Allah, merupakan dua kewajipan asasi di atas jalan dakwah wajib kepada setiap muslim lelaki dan ...

Membiasakan anak 'HIDUP BERSAMA' Al-Quran

News image

Oleh: Zulia Ilmawati   (Psikologi, Pemerhati Masalah Anak dan Keluarga) Setiap orangtua pasti menginginkan buah hatinya menjadi anak yang shalih dan shalihah. Anak shalih-s...

Pendidikan Seks Untuk Anak

News image

Oleh: Zulia Ilmawati Psikolog, Pemerhati Masalah Anak dan Remaja Perdebatan tentang perlu-tidaknya pendidikan seks diberikan kepada anak bermula dari keprihatinan terhadap ...