| Monolog - Ainul Mardhiah |
|
|
|
| Written by admin | |||
| Wednesday, 17 June 2009 18:25 | |||
|
Oleh: Muhammad Hussaini bin Khairudin
Mana boleh ek? Kita dah la nak tatap muka dia setiap hari.. Pagi, petang, siang, malam. Mana boleh kita amik mudah je perkara ni.. Sudah pastinya, seorang akh yang ditarbiyyah dan faham memahami kehendak masing-masing. Suka hati la kan? Pilihan di tangan kita (Asy-Syam:8-10).Kalaulah diberi pilihan,,, ana nakkan isteri yang sangaaat cantik, secantik Puteri Diana atau Miss Universe 2008. Matanya jernih, secantik mutiara, seanggun mata Zinnirah. Dahinya licin bersih, bebas dari sebarang inflamasi, apatah lagi jerawat batu. Pipinya putih gebu, berlesung pipit. Tang tersipu, berubah merah ibarat Aisyah Humaira. Semestinya seanggun Ratu Cleopatra, menjadi buah mulut seluruh bumi agung Mesir. Lagi muda lagi bagus, paling kurang 5 tahun la lagi muda... Kalau diberi pilihan,,, ana mendambakan isteri yang sangaat hebat! Seorang hafizah, fikrahnya mantap, tarbiyyahnya teliti. Kefahamannya memandu setiap gerakan dakwahnya yang tidak kenal henti. Setiap kata-katanya sarat makna, ucapannya penuh semangat, menggetarkan sekalian audien yang mendambakan tarbiyyah. Kalau diberi pilihan,,, ana mendambakan isteri yang penuh nilai seorang suri rumah. Setiap masa tanpa kenal penat lelah menjaga anak-anak. Setiap masalah anak-anak diteliti dan segala makan minum pakai kami anak beranak dihiraukannya. Bab memasak, tak perlu beritahu laa. Segala jenis masakan dikuasainya. Dari masakan timur ala minangkabau dan padang besar, hinggalah masakan barat moscow semuanya di hujung jari insan bernama isteri ini. Dialah naqibah di rumah, mentarbiyyah anak-anak, dari segala aspek. Banyak lagi ciri-ciri idaman yang ingin ana tulis, sekadar ingin mewakili diri menyatakan betapa besarnya cita-cita yang tertanam sejak bergelar lelaki bujang ni. Apa yang ditulis di atas sekadar menulis sedikit yang kini terfikir di benak pemikiran ana. Ikhwah akhwat sekalian, Jika inilah dia garisan syarat-syaratnya... hanya seorang sahaja yang mampu memenuhinya::: Bidadari Ya Allah, alangkahnya tertipunya aku ya Allah dengan dunia ciptaan-Mu yang fana ini! "Sungguh, orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan" (dakwah.info/karya)
Newer news items:
Older news items:
|
|||
| Last Updated on Sunday, 21 June 2009 20:54 |






Comments
Ana rasa, message yang nak disampaikan oleh penulis adalah tentang bidadari di syurga..
Ana rasa la.. Kalau tak silap ana.. ^-^
RSS feed for comments to this post.