| Madrasah Tarbiyyah Hassan Al-Bann oleh Yusuf Qadhawi |
|
|
|
| Written by admin | |||
| Thursday, 09 April 2009 17:56 | |||
|
Di dalam buku ini, Yusf Qadhawi menjelaskan aspek-aspek yang terdapat di dalam Madrasah Tarbiyyah Ikhwanul Muslimin yang sejajar dengan methodologi pendidikan di dalam ajaran Islam sendiri. Beberapa ciri-ciri dan sifat tarbiyyah jamaah ini di kemukakan untuk menjelaskan keseriusan jamaah Ikhwan dalam membina peribadi-peribadi muslim yang syumul keIslamannya. Menurut Al-Qadhawi, Pendidikan Islam menurut pengertian Ikhwanul Muslimin dan penerapannya mempunyai ciri-ciri khas yang menonjol, yang terpenting ialah : 1. Tekanan pada segi Ketuhanan 2. Sempurna dan lengkap 3. Keserasian dan keseimbangan 4. Bersifat kreatif dan membina 5. Persaudaraan dan kesetiakawanan 6. Beridentiti dan berdikari Dan beliau menyatakan beberapa contoh praktikal bagaimana perlaksaan pendidikan ini dalam jamaah Ikhwanul Muslimin. Di dalam muqaddimah kepada buku, Syeikh menyatakan beberapa faktor-faktor yang menyebabkan keberhasilan jamaah Ikhwan melahirkan peribadi-peribadi muslim yang soleh dan berjiwa dakwah. Faktor-faktor itu ialah; 1. Pendidikan terhadap iman supaya tidak goyah 2. Memiliki perencanaan yang jelas sesuai dengan falsafah pendidikan Islam 3. Mengembangkan kebersamaan di dalam jamaah dan membina biah yang soleh 4. Mendidik pelapis dan kepimpinan yang berbakat, penuh dengan ilmu dan pengetahuan dan meluaskan potensi-potesni insaniah yang ada 5. Memiliki pendidik-pendidik yang ikhlas, kuat dan terpercaya 6. Cara perlaksanaan yang pelbagai, tidak kira secara fadhi, jama'iy, bersifat pemikiran, perasaan, praktikal, larangan atau perintah. Download buku ini untuk di baca di sini
Newer news items:
Older news items:
|





