Please login or register.
| Zheng He - The Chinese Muslim Admiral |
|
|
|
| Monday, 19 November 2007 | |
|
Kapal-kapal yang beliau akan belayar seluruh Lautan Hindi sambil menjejaki semula sesetengah daripada laluan yang diambil oleh Ibn Battuta, tetapi beliau akan belayar dalam kapal kapal yang besar, dikenali sebagai jung. Beliau akan berlayar ke Afrika Timur, Makkah, Teluk Parsi, dan seluruh Lautan Hindi. Apabila topic pelayar awal diutarakan, nama-nama seperti Christopher Columbus atau Vasco da Gama akan tergambar dalam minda orang Barat. Kurang diketahui adalah pelayaran hebat seorang Cina Islam, Zheng He (1371-1433) telah dicapai beberapa dekad sebelum dua orang pengembara Eropah itu. The Foundation for Science Technology and Civilisation (
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
) telah mengkaji kembali perjalanan laksamana China abad Ke-15, Zheng He, yang mungkin pengembara yang pertama negara itu. Seorang Islam dan seorang pendekar, Zheng He telah menolong mengubah China untuk menjadi kuasa besar benuanya, dan munking kuasa terbesar dunia masa itu. Pada tahun 1405, Zheng telah dipilih untuk menerajui ekspedisi tentera laut dan terbesar dalam sejarah pada masa itu. Untuk 28 tahun (1405-1433) seterusnya, beliau telah menakhodai tujuh angkatan kapal yang melawati 37 buah negara, melalui Asia Tenggara ke jauh Afrika dan negeri Arab. Pada masa itu, China mempunyai kapal-kapal yang terbesar di dunia. Pada tahun 1420 tentera laut Ming sahaja adalah lebih besar daripada gabungan semua tentera laut Eropah. Ma He, nama asalnya, telah dilahirkan pada tahun 1371 ke dalam satu keluarga etnik Hui yang miskin (Cina Islam) di Wilayah Yunnan, Barat Daya China. Datuk dan bapanya pernah mengembara untuk mengerjakan haji di Makkah. Pengembaraan mereka telah banyak menyumbang kepada pendidikan Ma. Beliau membesar bercakap bahasa Arab dan bahasa Cina, mempelajari banyak mengenai dunia barat dan geografinya dan adat-adat. Direkrut sebagai seorang pesuruh di rumah Agung (Imperial Household) ketika umur sepuluh, Ma telah ditugaskan dua tahun kemudian untuk mengiringi Duke Yan, yang akan kemudiannya merampas takhta sebagai maharaja Yong Le. Ma telah mengiringi Duke untuk beberapa siri peperangan yang berjaya dan memainkan peranan penting dalam penaklukan Nanjing, ibu negeri pada masa itu. Ma telah dikurniakan pemerintah tertinggi Agensi Rumah Agung (Imperial Household Agency) dan telah diberikan nama gelaran Zheng. Maharaja Yong Le cuba untuk meningkatkan prestijnya yang rosak dengan menunjukan kekuatan China di luar negeri, menghantar armada hebat ke pelayaran dan dengan membawa duta-duta asing ke mahkamahnya. Beliau juga telah memonopoli perdagangan luar dengan mengambil alih kawalan daripada peniaga Cina seberang laut. Pemerintahan armada telah diberikan kepada Zheng He, seorang pemuda yang mengagumkan yang dikatakan tingginya melebihi lapan kaki. Suatu angkatan agung kapal-kapal besar, dengan sembilan tiang dan dikendalikan oleh 500 orang manusia, tiap-tiapnya mula berlayar pada July 1405, setengah abad sebelum pelayaran Columbus ke Amerika. Kapal-kapal khazanah tesebut melebihi 300-kaki panjang dan lebar 150-kaki, yang terbesar panjangnya 440-kaki panjang dan 186-kaki lebar, mampu membawa 1,000 orang penumpang. Kebanyakan daripada kapal-kapal tersebut dibina di limbungan Teluk Naga(Dragon Bay) dekat Nanjing, yang sisa-sisa masih boleh dilihat sekarang.
Sarat dengan sutera Cina dan porselin, jung itu melawati pelabuhan-pelabuhan di sekeliling Lautan Hindi. Di sini, peniaga-peniaga Arab dan Afrika menukar rempah-rempah, gading, ubat-ubatan, kayu-kayuan jarang, dan mutiara yang oleh mahkamah agung Cina (Chinese Imperial Court). Tujuh kali, daripada 1405 untuk 1433, armada harta karun bertolak dengan tujuan meneroka. Tujuh ekspidisi ini membawa satu lingkaran dagangan yang luas — dari Taiwan ke Teluk Parsi — dibawah kawalan agung Zheng He. Ini berlangsung separuh abad sebelum orang Eropah pertama, penerokaan penghujung Afrika dengan caravel Portugis yang lemah ‘menemui’ Lautan Hindi. Zheng He (1371-1433), atau Cheng Ha, boleh dikatakan sebagai jurumudi yang Cina paling terkenal. Bermula dari permulaan Abad Ke-15, beliau berlayar ke Barat sebanyak tujuh kali. Selama 28 tahun, beliau merentasi lebih 50,000 km dan melawati melebihi 37 buah negara. Zheng He mati pada tahun ke-sepuluh pemerintahan maharaja Ming Xuande (1433) dan dikebumikan di pinggiran selatan Bull’s Head Hill (Niushou) di Nanjing. Pada tahun 1983, semasa ulangtahun pelayaran Zheng He yang ke 580, makamnya dipulihkan kembali. Makam baru telah dibina di tapak makam asli dan direkonstruksi mengikut adat-adat ajaran Islam. Di pintu masuk makam dibina suatu struktur ala Ming, iaitu dewan peringatan. Di dalamnya terdapat lukisan Zheng He dan peta-peta pelayarannya. Perjalanan masuk ke dalam makam adalah melalui platform batu. Tangganya terdiri daripada 28 anak tangga batu yang terbahagi kepada empat seksyen, dengan setiap bahagian mempunyai tujuh langkah. Ini mewakili tujuh kali pelayaran Zheng He ke Barat. Di atas makam terukir perkataan Arab berikut, “Allahu Akbar (Allah * Sila baca buku 1421: The Year China Discovered America by Gavin Menzies. » Post Comment
Only registered users can write a comment.
Please login or register.
» No Comments
There are no comments up to now.
|
|
| Last Updated ( Wednesday, 14 May 2008 ) |
| < Prev | Next > |
|---|
| Kebenaran Islam pikat Maryam Jameelah >> Baca Lagi | Terkini | |