|
Al-Hijrah itu bukanlah ertinya melepaskan diri dari fitnah dan ejekan kaum kafirin semata-mata, malah ianya merupakan (perkongsian bersama)bertolongan ke arah penegakan sebuah masyarakat baru disebuah negara yang aman damai. Oleh yang demikian maka menjadi satu kefardhuan dan kewajipan ke atas setiap muslim yang mampu, untuk menyumbang tenaga untuk membina watan baru, seterusnya mengorbankan seluruh tenaga; dan daya upayanya untuk mempertahankan, menjaga keutuhannya dan mengangkat prestasi martabatnya.
Tidak syak lagi, Rasulullah itu sebagai imam pemimpin, ketua dan petunjuk ke arah pembinaan masyarakat berkenaan, pada Baginda teraju pengendalian, semuanya terserah penuh thiqah dan keyakinan. Entiti al-Madinah yang ada di hadapan Rasulullah terdiri dari tiga kelompok, tiap satu dengan ciri-cirinya yang berbeza dari yang lain. Baginda menghadapi tiap-tiap kelompok ini dengan cara yang berasingan. Tiga kelompok ini ialah: 1. Para sahabatnya yang termulia (r.anhum) 2. Al-Musyrikun iaitu mereka yang masih belum ' memeluk Islam, mereka merupakan teras kabilah- kabilah di Madinah. 3. Kaum Yahudi. Permasalahan yang dihadapi terhadap sahabatnya ialah suasana baru di Madinah yang sedang mereka hadapi yang amat berbeza dari suasana di Makkah. Mereka di Makkah berada dalam satu komuniti yang padu, menuju kepada satu matlamat secara bersama, meskipun kediaman mereka berselerak di sekitar Makkah, tertindas, menjadi buruan dan hina, mereka tidak berdaya sedikit pun, malah musuh-musuh mereka berkuasa ke atas mereka, kaum muslimin tidak berkesempatan langsung untuk menegakkan sebuah masyarakat baru Islam, dengan elemen-elemen yang sedia ada yang biasanya diperlukan oleh mana-mana masyarakat insani di dunia ini, untuk itu maka kita mendapati ayat-ayat al-Quran peringkat Makkah menumpukan kepada pencerakinan prinsip-prinsip pokok Islam dan perundangan yang mampu dilaksanakan oleh setiap individu secara bersendirian di samping suruhan-suruhan untuk melakukan kebaikan dan akhlak mulia, menjauhi dari segala sifat tercela dan terkeji. Sedangkan di Madinah pula kaum muslimin berkuasa sejak dari awal hijrah lagi, dan tidak ada siapa pun yang mengatasi mereka, ertinya sudah sampai ketikanya untuk mereka menangani permasalahan tamadun dan hadharah (civilazation), menangani permasalahan hidup dan ekonomi, permasalahan politik dan pemerintahan, permasalahan keimanan dan peperangan, penyaringan yang mantap di antara permasalahan halal dan haram, peribadatan dan akhlak dan seluruh permasalahan hidup. Kini sudah tiba masanya untuk mereka membangunkan masyarakat baru. Masyarakat Islam yang amat berbeza dari masyarakat Jahiliah, di dalam semua aspek penghidupan, dengan perbezaan yang unik dari masyarakat-masyarakat manusia yang pernah ada di alam ini. Masyarakat yang mengambarkan perwatakan dakwah Islamiah yang telah mengalami pelbagai mihnah, penyiksaan dan sengsara selama sepuluh tahun. Bukan rahsia lagi bahawa pembentukan mana-mana masyarakat dengan coraknya ini tidak akan tertegak dalam tempoh satu hari, sebulan, setahun, malah prosesnya melalui zaman berzaman hingga teradun padanya seluruh perundangan dan peraturan, di samping pembekalan ilmu pengetahuan yang secukupnya, disusuli dengan latihan-latihan dan pentarbiahan yang berperingkat-peringkat, dalam semua hal ini Allah jua yang menjaminkan bekalan tasyrik ini, sedang Rasulullah pula sebagai peribadi yang bertanggungjawab untuk melaksanakan, memberi tunjuk arah, serta pendidikan yang rapi ke atas kaum muslimin sejajar dengan arahan Allah. Dialah yang mengutus kepada umat yang ummi, seorang rasul dikalangan mereka, yang membacakan kepada mereka ayat-ayatNya dan membersihkan mereka, serta mengajar kitab dan hikmah. (al-Jumu'ah: 2) Manakala para sahabat pula merupakan manusia yang paling bersedia, malah bersungguh-sungguh penuh kerelaan hati menerima didikan Allah dan RasulNya tadi, mematuhi hukumannya dengan hati yang redha. ..dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan bertambah iman mereka. (al-Anfal: 2) Huraian lanjut terhadap tajuk ini bukanlah pokok perbicaraan kita di sini oleh itu memadai sekadar ini sahaja. Inilah sebesar-besar permasalahan yang dihadapi oleh Rasulullah mengenai kaum muslimin, dan inilah merupakan asas tanggungjawab yang dipikul oleh dakwali Islamiah dan risalah nabi Muhammad (s.a.w). Permasalahan ini bukanlah suatu yang mendatang. Tidak dinafikan memang benar di sana terdapat persoalan yang memerlukan penyelesaian segera. Kaum muslimin pula terbahagi kepada dua: Segolongan yang mendiami di tanah mereka sendiri, menikmati rumah sendiri dan memiliki harta sendiri, tak suatu pun yang diperlu selain dari kesejahteraan dan keimanan untuk bersama kaum keluarganya, mereka ini ialah al-Ansar, namun sesama mereka terdapat pertelingkahan dan permusuhan sejak sekian lama. Di samping mereka, terdapat golongan kedua, dikenali sebagai al-Muhajirun, mereka kehilangan segalanya, mereka melepaskan diri mereka ke Madinah demi untuk menyelamatkan diri mereka, mereka tak mempunyai tempat tinggal, tiada kerja untuk meneruskan hidup dan tiada harta untuk menyara kehidupan seharian, bilangan mereka tidak sedikit, malah hari demi hari bilangan semakin bertambah, sebagai natijah kepada keizinan Rasulullah kepada sahabatnya untuk berhijrah dan sebagai termaklum di mana Madinah sendiri tidakhh memiliki harta yang banyak. Kebanjiran arus hijrah ini mengancam kestabilan ekonomi, ditambah pula dengan tindakan pihak musuh Islam seakan-akan membuat pemulauan ekonomi, menyebabkan berkurangan kemasukan barang-barang keperluan, justeru itu suasana semakin meruncing. Adapun kelompok yang kedua ialah kaum musyrikin, juga merupakan teras kepada kabilah-kabilah al-Madinah, namun mereka tidak ada kuasa ke atas kaum muslimin, di antara mereka masih ragu-ragu dan teragak-agak untuk meninggalkan agama datuk nenek moyang mereka tetapi mereka ini tidaklah menaruh sebarang perseteruan terhadap kaum muslimin, justeru itu tidak lama masa berlalu di mana mereka memeluk Islam dan berjuang untuk agama Allah. Di kalangan penduduk al-Madinah terdapat di antara mereka yang dengki dan berseteru terhadap Rasulullah (s.a.w) dan kaum muslimin, cuma mereka ini tidak berupaya untuk mencabar dan melawan secara terang-terang, maka mereka terpaksa menzahirkan keikhlasan, kasih sayang, lantaran keadaan mereka yang tidak mengizinkan, terutamanya Abdullah bin Ubai, beliau merupakan tokoh yang dipersetujui oleh al-Aws dan al-Khazraj untuk dilantik sebagai pemimpin mereka selepas peristiwa peperangan Buath, sebelum ini tidak pernah mereka terfikir atau menemui seorang tokoh untuk dilantik sebagai pemimpin mereka selain Abdullah bin Ubai sahaja, untuk upacara pertabalan itu mereka telah menenun sulaman dan menyediakan pakaian yang selayak baginya, belum sempat ditabalkan tiba-tiba Rasulullah sampai ke Madinah, seluruh kaum Abdullah tadi telah mengalih pandangan mereka darinya, itulah yang menyebabkan beliau merasa seolah-olah Rasulullah merampas kuasanya, justeru itu beliau memendam perseteruan yang amat sangat terhadap Baginda. Oleh itu beliau mendapati suasana dan keadaan tidak menguntungkan kekafirannya itu, malah beliau akan kerugian habuan di dunia ini, justeru itu beliau mengisytiharkan sebagai orang Islam selepas peristiwa peperangan Badar al-Kubra, walau bagaimanapun beliau tetap kafir. Tidak ada mana-mana kesempatan malah kesemuanya dipergunakan untuk memusnahkan Rasulullah dan kaum muslimin, di samping pengikut-pengikut setianya, yang juga terasa kecundang dengan pangkat yang sepatutnya mereka perolehi, pengikut-pengikutnya turut membantunya melaksanakan perancangan jahatnya itu, mereka mengeksploitasi mana-mana situasi dan kaum muslimin yang lemah pemikiran, untuk menjayakan usaha kotor mereka. Adapun kelompok ketiga ialah kaum Yahudi, sejarah awal, mereka ini berhijrah ke bumi Hijaz pada zaman penindasan Asyuri dan Rumawi sebagaimana yang kita perkatakan sebelum ini, mereka ini adalah kelompok Ibrani, perpindahan mereka ke bumi Hijaz telah mengubah budaya hidup dan tamadunnya kepada budaya dan tamaddun bangsa Arab, pakaian Arab, nama kabilah dan individu mereka kepada nama-nama Arab, malah hingga berlaku hubungan kekeluargaan dan perkahwinan dengan orang-orang Arab, cuma mereka masih mengekalkan asabiah kebangsaan mereka. Mereka masih tidak berinteraksi sepenuhnya, malah mereka masih berbangga dengan keturunan dan kebangsaan Israel-Yahudi mereka, lebih dari itu mereka memperkecil-kecilkan bangsa Arab yang mereka menamakan sebagai Ummiyin dalam bahasa mereka, yang bermakna binatang rendah, hina dan mundur, mereka mempercayai bahawa harta-harta bangsa Arab adalah halal untuk mereka, mereka boleh memakannya sekehendak hati mereka. Mereka mengatakan: "Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang yang Ummi (maksudnya: orang Arab) (ali-Imran: 75) Mereka tidak bermmat untuk menyebar luas agama Yahudi, agama yang mereka pergunakan untuk mengaut keuntungan dalam bentuk jampi mantera, sihir, ramalan dan sebagainya. Mereka merasakan diri mereka sebagai golongan yang lebih, dari orang lain dan merekalah pemimpin kerohanian. Kaum Yahudi pandai di dalam bidang perusahaan dan kemahiran hidup, ini membawa mereka menguasai perniagaan biji-bijian, tamar, khamar dan pakaian, merekalah pengekspot dan pengimport barangan seperti kain, khamar dan bijian, selain dari itu mereka juga memiliki pekerjaan-pekerjaan lain yang mereka usaha sendiri, darinya mereka berupaya memunggut kelabaan yang berlipat ganda dari orang Arab, tidak setakat itu sahaja malah mereka bergiat dengan amalan riba, dengan melepaskan pinjaman kepada ketua-ketua kabilah Arab dan pemimpinnya, wang yang mereka hutang dari Yahudi itu dibelanjakan untuk memperolehi pujian dan sanjungan dari penyair-penyair dan sebutan nama baik di kalangan orang ramai, setelah harta hangus dibelanjakan untuk sesuatu yang tidak berfaedah, kaum Yahudi juga memberi hutang kepada ketua-ketua kabilah Arab dengan menerima sawah atau ladang-ladang mereka sebagai cagaran, setelah tamat tempoh dan hutang tidak dapat diselesaikan maka secara automotik cagaran tadi menjadi milik Yahudi. Selain dari itu kaum Yahudi juga terkenal sebagai golongan yang menimbulkan fitnah, konspirasi, kerosakan, batu api, menimbulkan perseteruan di antara kabilah-kabilah Arab tanpa disedari oleh mereka, dengan itu berlakulah peperangan yang berlarutan di antara kabilah-kabilah Arab, di mana sahaja berlakunya pergaduhan kabilah, pastinya di sana tangan-tangan Yahudi yang melaga-lagakan dan mereka akan memerhati persengketaan ini dari jauh, mereka menyemarakkan persengketaan ini, dengan memberi pinjaman kewangan secara riba sebagai bantuan kepada puak-puak yang berlaga, kerana peperangan adalah berat belanjanya, dengan cara ini kaum Yahudi mengaut dua keuntungan: Dapat mengekalkan kayan dan entitinya, mengaktifkan sistem riba yang memberi pulangan yang berlipat ganda kepada mereka di samping dapat mengumpul harta yang banyak. Di bumi Yathrib pada masa itu terdapat tiga kabilah Yahudi yang terkenal: 1. Banu Qainuqa', mereka adalah sekutu qabilah al-Khazraj kediaman mereka di tengah Madinah. Kedua-dua puak (Banu al-Nadhir dan Banu Quraidhah) ini adalah sekutu kepada al-Aws, kediaman mereka di luar al-Madinah. Ketiga-tiga kabilah inilah yang menyalakan api peperangan di antara al-Aws dan al-Khazraj sejak zaman berzaman, malah mereka sendiri turut serta di dalam peperangan Buath masing-masing dengan sekutunya. Sememangnyalah bangsa Yahudi ini, tidak boleh diharapkan dari mereka suatu yang baik, selain dari hasad dengki, Rasulullah pula bukanlah sebangsa dengan mereka, masakan hasad dengki itu akan reda dari dada mereka yang sememangnya penyakit itu sudah sebati dan menjadi budaya hidup mereka. Selain dari itu, seruan Islam pula adalah seruan kepada kebaikan yang berusaha menyatu-padukan hati-hati yang bersengketa. Selama ini seruan yang mengajak kepada kasih sayang, melupai permusuhan dan kebencian sesama sendiri, untuk beriltizam dengan amanah di dalam semua urusan, seruan Islam juga mengajak kepada menepati permakanan yang halal dari rezeki yang bersih. Ini bermakna bahawa semua kabilah-kabilah Yathrib akan bersatu padu, dengan sendirinya akan terlepas dari cengkaman puak Yahudi, dan darinya pula akan terancam kecergasan perniagaan mereka. Perniagaan secara riba mereka akan musnah yang selama ini member! pulangan amat lumayan, malah besar keuntungannya. Qabilah-qabilah Arab ini akan sedar dari kelalaian mereka selama ini, membawa mereka memikir semula mengenai harta mereka yang berada di dalam tangan Yahudi yang diambil secara tipu muslihat, melalui muamalat riba. Kesemua ini di dalam perhitungan kaum Yahudi, iaitu sejak mereka mengenalpasti bahawa seruan Islam cuba bertapak di Yathrib. Sebab itu mereka amat berseteru terhadap Islam dan rasulnya sejak Baginda memasuki Yathrib, sekalipun tidak berani menunjukkan sikap perseteruan itu, kecuali setelah berlalu beberapa ketika. Hal ini dapat dilihat dengan jelas sekali melalui apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Ishak dari Ummu al-Mukminin Sofiah (r.a). Kata Ibnu Ishak: Riwayat dari Sofiah bin Huyai bin Akhtab, kata beliau: Aku adalah anak kesayangan kepada ayahku dan bapa saudaraku, Abi Ya.sa. Bila-bila masa mereka berdua bertemu aku bersama anak-anak mereka yang lain, mereka akan mendokong daku tanpa mengambil mana-mana anak mereka yang lain. Kata beliau lagi: Setelah mana Rasulullah sampai ke Madinah dan turun di Quba' di kalangan Banu Amru Ibni Auf, ayahku Huyai bin Akhtab dan bapa saudaraku Abu Yasir bin Akhtab menyelit masuk di kalangan orang ramai. Mereka pulang setelah matahari terbenam, mereka berjalan pulang dalam keadaan lemah longlai, tak bermaya, malas dan keletihan. Sambung beliau lagi: Ku berlari ke arah mereka seperti biasa, malangnya di hari itu tak seorang dari mereka yang mempedulikan daku, lantaran kesugulan runsing yang amat sangat, mengecam perasaan mereka, ku masih ingat bapa saudaraku, berkata kepada bapaku, Huyai bin Akhtab: Diakah orangnya?. Jawab bapaku: Demi Allah! Dialah orangnya. Tanya bapa saudaraku: Kau kenal dia dan kau boleh buktikan?. Jawab bapa saudaraku: Ya!. Tanya beliau lagi: Apa perasaan kau terhadapnya?. Jawab bapaku: "Demi Allah! Akanku perangi selagi mana jiwa dikandung badan". Bukti lain ialah diriwayat al-Bukhari mengenai kelslaman Abdullah bin Salam (r.a), beliau merupakan salah seorang ahli agama Yahudi, semasa beliau mendengar berita kedatangan Rasulullah (s.a.w) ke Madinah, yang turun di kalangan Banu al-Najar, segera beliau menemui Rasulullah, beliau mengemukakan beberapa pertanyaan yang tidak mungkin dijawabnya kecuali seorang nabi Allah, setelah beliau mendapati jawapan, segera beliau beriman dengan risalahnya, tidak sempat berubah tempat, dan beliau menegaskan kepada Baginda: Sebenarnya kaum Yahudi adalah satu kauin pendusta, sekiranya mereka mengetahui mengenai keislaman ku sebelum tuan hamba menyoal mereka nescaya mereka dustakan daku. Oleh itu maka Rasulullah meminta kaum Yahudi menemui Baginda, semasa mereka berada di dalam, Abdullah bin Salarn pun masuk ke rumah Rasulullah, terus Rasulullah bertanya: Bagaimana kedudukan Abdullah bin Salam di sisi kamu? Jawab mereka: Orang yang teralim di kalangan kami malah beliau anak ulama' teralim di kalangan kami, beliau adalah terbaik dan anak tokoh terbaik di kalangan kami. Dalam riwayat yang lain bahawa: Abdullah bin Salam ialah ketua kami dan anak ketua kami terdahulu, orang terbaik dan anak tokoh terbaik, terpilih dan anak tokoh terpilih, sabda Rasulullah: Bagaimana kalau beliau ini telah menganut Islam? Jawab mereka: Semoga Allah lindungkannya dari berbuat demikian (mereka ulangi dua atau tiga kali) lalu Abdullah pun keluar ke hadapan mereka sambil mengucap kalimah syahadah. Segera mereka berkata: Beliau ini sejahat anak kepada sejahat-jahat tokoh, dengan itu mereka pun terjebak dengan pendustaan mereka sendiri.Dalam riwayat yang lain, Abdullah bin Salam berkata: Wahai kalian Yahudi bertaqwalah kamu kepada Allah, demi Allah tiada Tuhan melainkan Dia, sesungguhnya kamu mengetahui Baginda adalah Rasulullah, Baginda datang dengan kebenaran, lantas mereka menjawab: Kamu dusta. Inilah pengalaman pertama yang dialami oleh Rasulullah dari kaum Yahudi, iaitu di hari pertama Baginda di al-Madinah. Kesemua ini adalah perseteruan di dalam al-Madinah, manakala perseteruan luaran, adalah Quraisy yang merupakan seteru ketat terhadap Islam, yang telah dialami oleh kaum muslimin sepuluh tahun yang silam, ketika kaum muslimin berada di bawah kekuasaan mereka di Makkah, mereka telah mengalami segala jenis penyeksaan, ugutan penindasan, politik, sekatan makanan, pemboikotan, tekanan psikologi dan saraf disertai dengan kempen yang meluas, tersusun dan kotor. Setibanya kaum muslimin yang berhijrah ke Madinah, seluruh tanah, rumah dan harta mereka dirampas, anak isteri dan keluarga mereka ditahan, malah diseksa. Sekiranya dapat mereka menyeksa, tidak memadai setakat itu sahaja malah mereka merancang konspirasi untuk membunuh pembawa risalah dakwah (s.a.w) dan pendakwahnya, mereka tidak membiar peluang terlepas malah mereka mengguna segala jalan dan wasilah yang dapat mereka lakukan. Selepas semua usaha yang mereka garapkan itu, dan setelah kaum muslimin berjaya melepaskan diri mereka ke daerah yang jauh dari mereka hanya lima ratus kilometer, mereka pergunakan kedudukan mereka di arena politik, kerana ditakdirkan di masa itu mereka menduduki posisi kuasa politik dan kepimpinan agama di kalangan bangsa Arab, sifatnya sebagai pemastautin diperkarangan Kaabah dan pengendalian urusan Kaabah dan Haji, mereka berjaya mempengaruhi musyrikin lain di Semenanjung Arab untuk memusuhi penduduk al-Madinah, hingga terjadi al-Madinah bagaikan daerah yang dipulaukan oleh semenanjung, hingga berkurangan barangan masuk di masa yang sama bilangan yang berhijrah semakin bertambah. Hari demi hari, sesungguhnya suasana peperangan dirasai bila-bila masa sahaja boleh tercetus persengketaan di antara penghuninya dari penduduk Makkah dan kaum muslimin di negara baru mereka. Adalah satu tuduhan melulu dan tidak berasas malah satu tuduhan yang sangat nakal bahawa orang Islam sebagai pencetus pergaduhan. Klik Gambar Ke Mekah -» Post Comment
Only registered users can write a comment. Please login or register.
» No Comments
There are no comments up to now.
|