SEO Header Title

Zaman Mekah
Kewafatan Rasulullah PDF Print E-mail
Written by admin   
Saturday, 10 May 2008
Setelah Dakwah al-Islamiah sempurna dan Islam menguasai suasana maka tanda-tanda dan bahasa-bahasa pengucapan selamat tinggal kepada dunia dan manusia mula tertera di dalam ungkapan-ungkapan dan ucapan-ucapan Rasulullah (s.a.w) melalui perbualan dan perbuatan Baginda.

 
Hajjah Al-Wida' PDF Print E-mail
Written by admin   
Saturday, 10 May 2008

Haji Terakhir

Tugasan dakwah Rasulullah kiranya sudah sampai ke garisan penamat, penyampaian risalah pun sudah dilaksanakan, penegakan sebuah masyarakat baru yang berasaskan pemangkinan konsep al-Uluhiyah dan ketuhanan kepada Allah dan penafiannya dari yang lain-lain berdasarkan risalah Muhammad (s.a.w) menjadi kenyataan dan kini Rasulullah seakan-akan terdengar suatu suara dari dalam hati kecilnya bagaikan memberitahu bahawa persinggahan Baginda di dunia ini sudah sampai kepada tempohnya yang ditetapkan itu.


 
Perang Tabuk PDF Print E-mail
Written by admin   
Saturday, 10 May 2008

Bulan Rejab Tahun Kesembilan Hijrah

Peperangan membuka kota Makkah merupakan peperangan yang menentukan di antara al-Haq dan al-Batil, kebenaran dan kepalsuan, hingga dengannya tiada ruang lagi untuk kesangsian dan keraguan tentang kebenaran risalah yang dibawa oleh Muhammad (s.a.w) di kalangan orang-orang Arab.


 
Perang Hunain PDF Print E-mail
Written by admin   
Saturday, 10 May 2008
Pembukaan kota Makkah berlaku dalam satu masa yang terlalu singkat. Selepas satu pukulan mengejut, membingungkan seluruh bangsa Arab dan menjadikan seluruh qabilah yang berhampiran dengannya terkejut, mereka tidak berdaya untuk menghalanginya, oleh yang demikian mereka tidak ada jalan selairi dari menerima sahaja hakikat yang berlaku.

 
Marhalah Ketiga PDF Print E-mail
Written by admin   
Saturday, 10 May 2008
Ini merupakan marhalah terakhir di dalam perjalanan hidup Rasulullah S.A.W. yang mempamerkan pencapaian -pencapaian hasil usaha dakwahnya. Selepas melalui satu masa perjuangan jihad, kepenatan, tribulasi, peperangan dan pertarungan yang tidak kurangnya menumpahkan darah yang banyak kesemuanya ini Baginda harungi selama 20 tahun.

 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Results 1 - 9 of 18