Di bawah pemerintahan Turki Uthmaniyah (memerintah dari kurun ke-15 hingga kurun ke-20), pendidikan telah diberi dimensi baru ketika Bandar Bursa dan Erdine menjadi pusat utama pendidikan. Sistem Kulliye Ottoman, iaitu satu bangunan yang mempunyai sebuah masjid, sebuah hospital, sebuah madrasah, dapur awam dan ruang makan, adalah satu pembaharuan yang membolehkan pendidikan diakses oleh semua masyarakat melalui makanan percuma, penjagaan kesihatan dan penempatan.Universiti pertama juga telah dibangunkan daripada masjid, di lokasi-lokasi utama dan mempunyai kepentingan yang utama. Masjid-masjid universiti yang hebat dan terkenal adalah seperti Al-Qarawiyyin (859 masihi, Fez), Al-Azhar (956 Masihi, Cairo) dan Cordova (kurun ke-8) adalah seperti Oxford dan Cambridge sekarang.Sumber: http://www.1001inventions.com/index.cfm?fuseaction=main.viewBlogEntry&intMTEntryID=2743
Only registered users can write a comment.
Please login or register.













Tahukah anda ketika agama mendominasi budaya Eropah antara kurun ke-7 dan kurun ke-12, sistem pendidikan Islam telahpun mendahului zamannya? Sistem pendidikan umat Islam yang progresif mencakupi pelbagai bidang dari perubatan hingga sejarah, mencetuskan pembaharuan dalam sistem pendidikan di Eropah.