SEO Header Title

Sebelum Kerasulan
Pembinaan Semula Kaabah dan Permasalahan Al-Tahkim PDF Print E-mail
Written by admin   
Saturday, 10 May 2008
ImageDalam usia Baginda tiga puluh lima tahun (35) Quraisy telah bertindak mendirikan semula Kaabah, kerana berlaku keruntuhan pada strukturnya, Kaabah ini sebenarnya satu bangunan tinggi sembilan hasta, sejak zaman Ismail (a.s) tidak berbumbung, pencuri-pencuri telah melarikan harta khazanah di dalamnya. Kaabah telah beberapa kali mengalami kerosakan kerana bangunannya terlalu usang, dindingnya sering retak dan pecah, lima tahun sebelum kebangkitan Rasulullah banjir besar melanda Makkah, airnya yang mengalir deras menuju ke Kaabah, hampir merobohkan bangunan Kaabah itu.

 
Perkahwinan Baginda Dengan Khadijah R.A PDF Print E-mail
Written by admin   
Saturday, 10 May 2008
ImageSekembalinya Rasulullah ke Makkah dari perjalanannya, Khadijah mendapati hartanya terjaga dengan penuh amanah dan berkat, yang hingga kini belum pernah dilihatnya, tambahan dengan cerita-cerita yang dilaporkan oleh budak suruhannya Maisarah, mengenai segala sesuatu yang diperhatinya di s'epanjang pergaulannya dengan Rasulullah di sana, dengan perangai-perangai yang lemah lembut, pekerti-pekerti yang mulia, fikiran waras, minda penuh kepintaran dan perwatakan yang lurus, kini beliau sudah berjumpa dengan mutiara kehilangannya. Sebelum ini pembesar-pembesar dan pemuka-pemuka Quraisy amat perihatin untuk mengawini beliau, namun kesemua lamaran dan permintaan mereka ditolak, kini hasrat dan cita-citanya itu didedahnya kepada sahabat karibnya Nafisah binti Manyah, Nafisah bertanggungjawab menemui Rasulullah untuk merestui hasrat Khadijah kepada Baginda, untuk mengahwininya, Rasulullah pun mempersetujui hasrat Khadijah dan menerima untuk berkahwin dengannya.

 
Peperangan Al-Fujjar PDF Print E-mail
Written by admin   
Saturday, 10 May 2008
ImageSemasa usia Baginda sepuluh tahun, berlaku satu peperangan, terkenal sebagai peperangan al-Fujjar, (peperangan penjahat) kerana jenayah perlanggaran di bulan-bulan haram. Pihak pertama ialah Quraisy dan Kinanah, yang kedua ialah Qais bin Ilan.

 
Bertemu Pendeta Buhaira PDF Print E-mail
Written by admin   
Saturday, 10 May 2008
ImageSetelah usia Rasulullah meningkat dua belas tahun, ada yang mengatakan dua belas tahun dua bulan sepuluh hari, Baginda keluar belayar bersama Abu Talib untuk berniaga di negeri Syam, sehingga apabila sampai ke Basrah, yang merupakan sebahagian dari Syam di dalam daerah Hawran, namun pada ketika itu Basrah adalah salah sebuah negeri, di daerah negeri Arab di bawah taklukan Rom, di sana terdapat seorang paderi bernama Jarjis yang dikenali sebagai Buhaira.

 
Ke Pangkuan Bapa Saudara Yang Mengasihani PDF Print E-mail
Written by admin   
Saturday, 10 May 2008
ImageAbu Talib selaku bapa saudara, telah memikul tanggungjawab menjaga anak saudaranya dengan sebaik-baiknya, beliau meletakkan Baginda bersama-sama dengan anak-anaknya malah memberi keutamaan ke atas anak-anaknya dengan keistimewaan, penghormatan dan sanjungan, dalam tempoh empat puluh tahun beliau menyokong Baginda, melindungi, membenarkan Baginda malah sanggup berkelahi untuk Baginda.