SEO Header Title

Perang Bani Quraizah PDF Print E-mail
Written by admin   
Saturday, 10 May 2008
Di hari Rasulullah (s.a.w) pulang ke Madinah, Jibril telah mendatangi Baginda di waktu zohor, sedang Baginda bersiram di rumah Ummu Salamah, dengan berkata kepada Baginda: "Apakah tuan hamba telah menanggalkan peralatan perang Sedang para malaikat belum lagi meletakkan peralatan perang mereka?, kepulangan kau di waktu ini hanyalah kerana permintaan orang ramai, Ayuh segera bangun bersama-sama dengan orang-orang yang telah bersama-sama dengan engkau itu, pergilah ke perkampungan banu Quraizah, sesungguhnya daku berada di hadapan perjalanan mu itu, tugas ku mengoncang kubu mereka, mencampak kegerunan dan ketakutan ke dalam hati-hati mereka". Di situ Jibrail pun berjalan di dalam satu perbarisan para Malaikat.

Rasulullah menyuruh seorang membuat laungan kepada orang ramai:' "Sesiapa yang mendengar dan mematuhi arahan, tidak akan bersembahyang asar kecuali di perkampungan Banu Quraizah". Rasulullah melantik Ibnu Ummu Maktum sebagai pemerintah Madinah semasa ketiadaan Baginda, bendera diserahkan kepada Alt bin Abi Ihlib, dan mengerah supaya beliau segera bergerak menuju ke kediaman. Banu Quraizah, sehingga apabila berhampiran dengan kubu Banu Quraizah beliau telah mendengar sesuatu yang tidak elok perkataannya terhadap diri Rasulullah.

Rasulullah mengekori dari belakang bersama-sama perbarisan kaum Muharijin dan al-Ansar, sebaik sahaja Baginda sampai ke salah sebuah perigi perairan Banu Quraizah bernama "Telaga Ana" seluruh kaum muslimin segera menurut perintah Baginda, mereka bergerak mara ke arah Banu Quraizah, dipertengahan jalan, waktu asar pun masuk, sesetengah mereka berkata: "Kita tidak akan, bersembahyang Asar kecuali setelah kita berada di perkampungan Banu Quraizah", sebagaimana yang diperintahkan sehingga sesetengah dari mereka terpaksa menunaikan Asar selepas sembahyang Isya', manakala sebahagian yang lain mengatakan: "Bukan itu yang dikehendaki dari kita, tetapi yang dikehendaki ialah supaya kita segera bergerak dari Madinah", untuk itu maka mereka ini menunaikan fardu Asar di tengah jalan. Namun demikian tidak seorang pun membantah tindakan saudaranya itu.

Beginilah pergerakan tentera Islam ke arah kediaman Banu Quraizah secara berkonvoi, hingga kesemuanya berhimpun di samping Rasulullah, kesemua mereka berjumlah tiga ribu orang askar, kuda tunggangan tiga puluh, di sana mereka mengepung kubu Banu Quraizah.

Setelah kepungan orang Islam menghimpit dan menekan Banu Quraizah, maka ketua mereka Ka'ab bin Asad tampil menganjurkan kepada mereka tiga alternatif: Pertama menyerah diri dan memeluk Islam, dengan itu akan terselamat darah mereka harta mereka dan anak isteri mereka dan katanya lagi: Demi Allah telah terbukti kepada kalian Muhammad adalah seorang nabi utusan ciri-cirinya Ihlib, dan mengerah supaya beliau segera bergerak menuju ke kediaman. Banu Quraizah, sehingga apabila berhampiran dengan kubu Banu Quraizah beliau telah mendengar sesuatu yang tidak elok perkataannya terhadap diri Rasulullah.

Rasulullah mengekori dari belakang bersama-sama perbarisan kaum Muharijin dan al-Ansar, sebaik sahaja Baginda sampai ke salah sebuah perigi perairan Banu Quraizah bernama "Telaga Ana" seluruh kaum muslimin segera menurut perintah Baginda, mereka bergerak mara ke arah Banu Quraizah, dipertengahan jalan, waktu asar pun masuk, sesetengah mereka berkata: "Kita tidak akan, bersembahyang Asar kecuali setelah kita berada di perkampungan Banu Quraizah", sebagaimana yang diperintahkan sehingga sesetengah dari mereka terpaksa menunaikan Asar selepas sembahyang Isya', manakala sebahagian yang lain mengatakan: "Bukan itu yang dikehendaki dari kita, tetapi yang dikehendaki ialah supaya kita segera bergerak dari Madinah", untuk itu maka mereka ini menunaikan fardu Asar di tengah jalan. Namun demikian tidak seorang pun membantah tindakan saudaranya itu.

Beginilah pergerakan tentera Islam ke arah kediaman Banu Quraizah secara berkonvoi, hingga kesemuanya berhimpun di samping Rasulullah, kesemua mereka berjumlah tiga ribu orang askar, kuda tunggangan tiga puluh, di sana mereka mengepung kubu Banu Quraizah.

Setelah kepungan orang Islam menghimpit dan menekan Banu Quraizah, maka ketua mereka Ka'ab bin Asad tampil menganjurkan kepada mereka tiga alternatif: Pertama menyerah diri dan memeluk Islam, dengan itu akan terselamat darah mereka harta mereka dan anak isteri mereka dan katanya lagi: Demi Allah telah terbukti kepada kalian Muhammad adalah seorang nabi utusan ciri-cirinya kamu mendapati di dalam kitab al-Taurat kamu. Pilihan kedua: Mereka membunuh sendiri anak-anak dan isteri mereka kemudian mereka keluar membawa pedang melawan Muhammad hingga berjaya atau mereka dibunuh kesemua sekali dan pilihan ketiga: Mereka menyerang Muhammad dan sahabatnya di siang hari Sabtu kerana Muhammad dan sahabat-sahabatnya mempercayai bahawa orang-orang Yahudi tidak berperang di hari Sabtu. Namun ketiga-tiga pilihan ini ditolak kesemuanya oleh kaumnya, di ketika itu maka berkata Ka'ab bin Asad dengan perasaan marah dan meradang. Tak seorang pun di antara kamu sejak dilahirkan oleh ibunya berfikiran waras.

Tidak ada pilihan untuk Banu Quraizah, setelah mereka menolak ketiga-tiga cadangan ketua mereka, selain dari akur dan tunduk dengan hukuman Rasulullah (s.a.w). Namun demikian mereka masih berharap supaya dapat berhubung dengan sesetengah sekutu mereka dari orang-orang Islam, agar dapat mereka mengetahui terlebih dahulu apakah hukuman yang akan dijatuhkan oleli Rasulullah, lalu mereka menghantar utusan menemui Rasulullah yang membawa permintaan dari mereka agar Baginda menghantar Abu Lubabah untuk mereka berunding dengannya. Abu Lubabah adalah sekutu Banu Quraizah, harta dan anaknya berada di kawasan mereka, sebaik sahaja mereka melihat Abu Lubabah terus mereka mendapatkan Abu Lubabah, sedang perempuan-perempuan dan anak-anak mereka menangis-nangis di hadapannya. Beliau pun terasa kasihan juga, dan bertanya mereka: Wahai Abu Lubabah apakah pendapat kau, adakah hams kami akur dan terima hukuman Muhammad itu? Jawab beliau: Memanglah! Lantas beliau menunjuk dengan tangan ke arah lehernya, bererti hukuman bunuh. Kemudian beliau sedar di mana tindakannya itu adalah mengkhianati Allah dan Rasulnya, dari situ terus beliau keluar, tanpa menemui Rasulullah, apabila beliau sampai ke masjid al-Nabawi di Madinah, terus beliau menambat dirinya ke salah sebatang tiang masjid dan bersumpah tidak akan merongkainya kecuali Rasulullah sahaja, dan tidak akan memasuki bumi Banu Quraizah sampai bila-bila. Bila sahaja kejadiannya ini sampai ke pengetahuan Rasulullah setelah sekian lama Baginda menunggunya. Rasulullah pun berkata: "Sekiranya beliau datang meminta maaf nescaya daku memaafinya, ada pun apa yang beliau lakukan itu bukan aku yang harus melepaskan tapi biarkanlah hingga Allah menerima taubatnya itu".

Meskipun Abu Lubabah telah memberitahu kepada mereka keputusannya, namun Banu Quraizah rela menerima hukuman Rasulullah. Sebenarnya kaum Yahudi ini masih mampu lagi untuk menanggung risiko pengepongan Rasulullah yang panjang, kerana bekalan makanan dan air masih mencukupi di samping kubu mereka pun bolehlah dikatakan kuat. Selain dari itu kaum muslimin sendiri pun mengalami kesejukan dan kelaparan di tengah padang pasir yang terdedah itu, tambahan pula mereka dalam keadaan. keletihan setelah mereka menghadapi kerja-kerja peperangan al-Ahzab sebelum ini. Tetapi oleh kerana peperangan Banu Quraizah ini lebih merupakan peperangan saraf di mana Allah telah mencampak ke dalam hati-hati mereka kegerunan, jiwa dan dalaman mereka sudah merosot hingga ke peringkat penghujung, dan dalam keadaan mereka yang tertekan ini maka Ali bin Abi Talib dan al-Zubair al-Awwam tampil ke hadapan dengan laungan: "Wahai angkatan beriman, demi Allah akan kukecapi kebahagian yang sudah pun Hamzah kecapinya, sesungguhnya akan terbuka kubu mereka ini".

Di masa itu Banu Quraizah segera menerima hukuman Rasulullah dan Rasulullah pun memerintah supaya diberkas kaum lelaki, dan setelah digari tangan-tangan mereka maka di letakkan di bawah pengawasan Muhammad bin Salamah al-Ansari manakala kaum wanitanya diletakkan di tempat berasingan di suatu kawasan lain, sekumpulan, al-Aws menemui Rasulullah dengan berkata: "Wahai Rasulullah, sebelum tuan hamba lakukan sesuatu kepada Banu Qainuqa seperti yang tuan hamba maklum, mereka itu adalah sekutu saudara kami al-Khazraj dan Banu Quraizah adalah sekutu kami. Pintalah mereka ini diberi belas ihsan". Jawab Rasulullah: "Mahukah kamu, mereka ini dihukumkan oleh salah seorang dari kamu?". Jawab mereka: "Bahkan, itulah yang seeloknya". Kata Rasulullah: "Saad bin Muaz itulah orangnya". Jawab mereka: "Kami setuju dengannya".

Rasulullah mengantar utusan untuk menjemput Saad bin Muaz yang sedang berada di Madinah, beliau tidak keluar bersama kekepongan Banu Quraizah kerana kecederaan di lengannya yang terputus urat di dalam peristiwa peperangan al-Ahzab, Saad dinaikkan ke atas seekor kaldai, kemudian beliau sampai ke hadapan Rasulullah, manakala kaum al-Aws melaung-laung dengan kata mereka: "Ayuh Saad berbelas ihsanlali kepada sekutu-sekutu kau itu, setelah Rasulullah meletakkan kau sebagai hakim di dalam urusan ini". Saad tetap berdiam tidak memberi sebarang jawapan, setelah bertubi-tubi mereka menuntut, beliau pun menjawab: "Kini sudah sampai masanya untuk Saad tidak menghiraukan sesuatu pun kerana Allah". Setelah mereka mendengar kata-katanya ini, sebahagian dari mereka pun pulang ke Madinah dan tahulah mereka kesudahan Banu Quraizah.

Sebaik sahaja Saad berada di hadapan Rasulullah (s.a.w) maka kata Rasulullah: "Ayuh bangun kepada pemimpin kamu". Setelah mereka mengusung Saad turun dari belakang kaldai tunggangannya mereka berkata: "Wahai Saad mereka itu telah rela menerima hukuman kau". Jawab Saad: "Hukuman ku terlaksana ke atas mereka, kaum muslimin dan ke atas siapa sahaja yang ada di sini termasuk diriku" Jawab mereka: "Ya benar". Kemudian beliau berpaling mukanya sambil menunjuk ke arah Rasulullah sebagai menghormati dan memuliakan Rasulullah (s.a.w). Sambungnya lagi, "Sesungguhnya aku menghukumkan supaya golongan lelakinya dibunuh, kaum wanitanya adalah tawanan, menjadi hamba sahaya dan harta-harta mereka dibahagikan". Tegas Rasulullah (s.a.w): "Sebenarnya kau telah menghukum ke atas mereka dengan hukuman Allah dari tujuh petala langit".

Hukuman yang dikenakan oleh Saad itu adalah amat adil dan saksama, kerana Banu Quraizah selain dari mereka ini melakukan pengkhianatan yang terkutuk itu, mereka juga telah mengumpul seribu lima ratus (1,500) bilah pedang, dua ribu (2,000) tombak, tiga ratus (300) baju besi dan lima ratus (500) perisai, kesemuanya telah dipungut oleh tentera Islam selepas pembukaan kubu mereka.

Rasulullah memerintah hukuman terhadap Banu Quraizah dengan dikurungkan mereka di halaman rumah Bint al-Harith salah seorang wanita dari Banu al-Najjar, dan setelah digali parit (dipasar Madinah), maka diperintah supaya membawa mereka sekelompok demi sekelompok, maka di situlah dipenggal leher mereka. Beberapa orang yang terkurung dengan ketua mereka Ka'ab bin Asad bertanya beliau: "Apa yang hendak dilakukan Muhammad terhadap kita?" Jawab beliau: "Kamu ini masih belum dapat memahami semua situasi, kamu tidak tengok pemenggal belum berhenti lagi? Yang telah pergi di antara kita tidak kembali-kembali? Demi Allah itulah pembunuhan". Jumlah mereka kesemua di antara enam ratus dan tujuh ratus orang, kesemua mereka dipacung lehernya.

Demikianlah selesainya penghapusan golongan pengkhianat dan penjenayah, yang telah memungkirkan janji yang pernah mereka meteraikan di suatu ketika' dahulu dengan Rasulullah. Mereka bertindak meriibantu al-Ahzab. Mereka adalah kumpulan bersekutu Arab yang berusaha untuk menghapus kaum muslimin di saat-saat cemas di dalam penghidupan kaum muslimin, dengan tindakan mereka itu sudah dikira sebagai penjenayah-penjenayah perang yang layak menerima hukuman mati.

Turut dibunuh di dalam pengadilan terhadap Banu Quraizah ini ialah kepala penjahat banu al-Nadhir dan penjenayahnya yang terlibat secara langsung di dalam peperangan al-Ahzab iaitu Huyai bin Akhtab bapa Sofiyah Ummu al-Mukminin (r.a), yang telah turut bersama berada di dalam kubu Banu Quraizah untuk bersembunyi bersama Banu Quraizah sebagaimana menepati janjinya dengan Ka'ab bin Asad, iaitu setelah Quraisy dan Ghatafan balik ke negeri masing-masing.

Setelah dibawa datang ke hadapan Rasulullah dengan bajunya yang sudah dikoyak-koyakkan setiap inci, supaya selepas beliau mati tak siapa pun boleh menggunanya, semasa itu beliau sudah pun diikat tangan ke tengkoknya, beliau berkata kepada Rasulullah: "Demi Allah aku tidak mencela diri ku kerana memusuhimu, tetapi kaedahnya ialah siapa yang disokong oleh Allah dialah yang menang". Dan sambungnya lagi: "Wahai kalian manusia, tidak mengapa kita dengan hukum Allah, ini adalah suratan dan takdir serta tragedi yang ditentukan Allah ke atas Banu Israil", kemudian beliau duduk dan dipancung tengkoknya. Termasukjuga yang dibunuh ialah seorang perempuan Yahudt, kerana beliau telah menghumban pengisar tepung ke atas Khallad bin Swaid menyebabkan Khallad mati kerananya, maka perempuan itu dibunuh kerana tindakannya.

Rasulullah memerintah supaya dibunuh setiap leih-. yang telah tumbuh janggut dan dibebaskan yang belum tumbuh. Di antara orang yang belum tumbuh janggutnya ialah Atiyah al-Qarazi, beliau dibebaskan, tapi akhirnya beliau menganut Islam dan mendapat kawan yang bersahabat dengannya.

Thabit bin Quis telah meminta supaya al-Zubair bin Bata beserta dengan keluarganya dan hartanya dihebahkan kepadanya, sebelum itu al-Zubair selalu membantu Thabit, lalu Thabit memberi kesemua kepada al-Zubair, kerana katanya: "Sebenarnya engkau ini telah diberikan kepadaku oleh Rasulullah, Baginda memberi daku harta kau, keluarga kau, kesemua mereka ku kumpulkan kepada kau", namun al-Zubair mengetahui tentang kematian seluruh kaumnya maka beliau meminta dari Thabit dengan berkata: "Wahai Thabit, daku memohon dengan jasa-jasaku padamu itu biarlah daku mati bersama kaum sebangsaku yang tercinta", dengan itu maka beliau pun dipancung lehernya kemudian dibawa untuk dikambus bersama kaumnya yang beliau sayangi itu, namun Thabit memohon kepada Rasulullah supaya diampunkan anak al-Zubair yang bernama Abdul al-Rahman bin al-Zubair, kesudahannya Abu al-Rahman pun memeluk Islam dan menjadi sahabat Thabit. Di majlis pengadilan ini juga berlaku di mana Ummu al-Munzir Salma bin Quis al-Najjariyah meminta supaya dihibahkan Rifa'ah bin Samau'al al-Qarazi kepadanya, justeru itu Rasulullah pun memberikan Rifa'ah kepadanya dan beliau membebaskannya dari hukuman bunuh kemudian beliau memeluk Islam dan menjadi taulan kepada kaum muslimin.

Sebenarnya di malam sebelum hukuman dijatuhkan sebilangan dari Banu Quraizah telah memeluk Islam, maka dengan itu terhindarlah darah mereka, harta dan keluarga mereka, di malam itu terjadi di mana Amru seorang lelaki

yang tidak berkongsi pengkhianatan dengah Banu Quraizah telah keluar dari perkampungan Banu Qurajzah, beliau telah dilihat oleh Muhammad bin Salamah ketua pengawal Rasulullah, namun beliau memberi laluan kepadanya, dan tidak diketahui ke mana beliau pergi.

Rasulullah mengagihkan harta rampasan Banu Quraizah di kalangan tentera-tentera Islam setelah dikeluarkan Khums (seperlima), darinya penonggang kuda diberi tiga saham (dua saham kepada kuda satu saham untuk penunggangnya) manakala askar berjalan kaki diberi satu saham tiap seorang. Orang yang menjadi tawanan dihantar ke Najd di bawah kelolaan Saad bin Zaid al-Ansari, dijual dan hartanya untuk membeli peralatan ketenteraan kuda dan senjata-senjata lain.

Rasulullah telah memilih Raihanah binti Amru bin Khanaqah dari kalan'gan perempuan-perempuan Banu Quraizah untuk dimilikinya. Beliau bersama Rasulullah hinggalah ke akhir hayatnya. Ini berdasarkan riwayat Ibnu Ishak, di sini al-Kalabi menceritakan: Bahawa Rasulullah telah memerdekakannya dan berkahwin dengannya pada tahun keenam(6) Hijrah, beliau wafat semasa Baginda pulang dari Haji al-Wida' dan dikebumikan di al-Baqi'.

Sebaik sahaja selesai permasalahan Banu Quraizah segera pula Allah menyahut seruan hambanya yang saleh Saad bin Muaz (r.a), seperti yang kita sebut sebelum ini di dalam tajuk peperangan al-Ahzab. Rasulullah telah mendirikan sebuah khemah di perkarangan al-Masjid al-Nabawi khusus untuk Saad supaya mudah Baginda menziarahinya, setelah selesai permasalahan Yahudi Banu Quraizah, maka Aisyah r.a menceritakan: Luka Saad pecah semula, berkebetulan di perkarangan masjid terdapat khemah Banu Ghaffar, di mana darah yang keluar dari lengan Saad

itu mengalir hingga masuk ke khemah Banu Ghaffar, dan mereka pun bertanya: "Wahai penghuni khemah di sebelah, apa yang mengalir dari sebelah kamu itu". Sebenarnya luka Saad sudah tidak boleh dirawat lagi, akhirnya beliau pun wafat.

Di dalam kedua kitab al-sahih riwayat dari Jabir (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) telah bersabda: Bergoncang Arasy al-Rahman kerana kematian Saad bin Muaz. Tersebut di dalam sahih al-Tarmizi dari hadith Anas telah berkata:

Ketika jenazah Saad bin Muaz diusung segolongan orang-orang munafiq berkata: Alangkah ringannya jenazahnya ini, kata Rasulullah (s.a.w): Sesungguhnya para malaikat sedang mengusung jenazah beliau itu.

Di dalam peristiwa pengepungan Banu Quraizah, salah seorang dari orang Islam telah meninggal dunia iaitu Khallad bin Swaid kerana beliau telah dihumban ke atasnya pengisar tepung oleh seorang perempuan Yahudi. Semasa pengepungan Abu Sinan bin Mahsan saudara Ukasyah, telah meningggal dunia.

Ada pun kisah seterusnya mengenai Abu Lulabah yang menambat dirinya ke tiang masjid selama enam malam, isterinya datang melepaskannya di ketika masuk waktu sembahyang untuk membolehkannya bersembahyang, kemudian beliau kembali menambatnya semula hingggalah turun wahyu penerimaan taubatnya di penghujung malam ke enam sedang Baginda berada di rumah Ummu Maslamah. Di sini Ummu Maslamah bangun dan keluar dari kamarnya seraya memberitahu tentang penerimaan taubatnya itu dengan katanya: "Wahai Abu Lubabah ini berita baik untuk kamu, sesungguhnya Allah telah menerima kamu". Semua orang ghairah hendak merungkai tambatan tadi namun beliau enggan membenarnya kecuali Rasulullah, maka sebaik sahaja Rasulullah keluar hendak bersembahyang subuh sewaktu Baginda lalu di situ, Baginda pun melepaskannya.

Peristiwa peperangan Banu Quraizah ini berlaku di bulan Zulkaedah tahun kelima (5) Hijrah, pengepungan ke atas kubu Banu Quraizah memakan masa selama dua puluh lima (25) malam.

Allah (s.w.t) menurunkan ayat-ayat al-Quran khusus mengenai peperangan al-Ahzab dan Banu Quraizah di dalam surah al-Ahzab, ayat-ayat berkenaan telah membuat ulasan lanjut secara terperinci mengenai butiran peristiwa, menerangkan situasi kaum muslimin dan kaum munafiqin, kekalahan tentera bersekutu dan akibat pengkhianatan ahlil kitab.

» Post Comment
Only registered users can write a comment.
Please login or register.
» No Comments
There are no comments up to now.
 
< Prev   Next >