SEO Header Title

Siri Peperangan
Perang Tabuk PDF Print E-mail
Written by admin   
Saturday, 10 May 2008

Bulan Rejab Tahun Kesembilan Hijrah

Peperangan membuka kota Makkah merupakan peperangan yang menentukan di antara al-Haq dan al-Batil, kebenaran dan kepalsuan, hingga dengannya tiada ruang lagi untuk kesangsian dan keraguan tentang kebenaran risalah yang dibawa oleh Muhammad (s.a.w) di kalangan orang-orang Arab. Arus peristiwa berubah sama sekali, kini orang ramai memasuki agama Allah berduyun-duyun, hal ini dapat dijelaskan semasa pembicaraan dalam tajuk "Perwakilan" nanti dan juga bilangan peserta di dalam Hajjah al-Wada'.


 
Perang Hunain PDF Print E-mail
Written by admin   
Saturday, 10 May 2008
Pembukaan kota Makkah berlaku dalam satu masa yang terlalu singkat. Selepas satu pukulan mengejut, membingungkan seluruh bangsa Arab dan menjadikan seluruh qabilah yang berhampiran dengannya terkejut, mereka tidak berdaya untuk menghalanginya, oleh yang demikian mereka tidak ada jalan selairi dari menerima sahaja hakikat yang berlaku, terkecuali beberapa qabilah yang gagah, ganas dan bongkak, terutamanya seperti suku Hawazin dan Thaqif, kemudian turut membuat sikap yang sama ialah qabilah Nasr, Jasyam, Saad bin Bakar dan beberapa individu dari Banu Hilal. Kesemua mereka ini dari kelompok Qais Ailan, qabilah-qabilah ini terasa berat untuk menerima kemenangan Islam. Oleh yang demikian maka seluruh mereka telah bersekutu dengan Malik bin Auf al-Nasri dan membuat keputusan untuk bergerak mara memerangi kaum muslimin.

 
Pembukaan Kota Mekah PDF Print E-mail
Written by admin   
Saturday, 10 May 2008

Ibn al-Qaiyim telah menyebut:

"lanya satu pembukaan teragung yang dengannya Allah memuliakan agaruanya, RasulNya, tenteraNya dan partiNya yang beramanah, dengannya juga Allah telah menyelamatkan negeri-negeriNya dan rumahNya yang telahpun ditetapkan sebagai tempat hidayah untuk seluruli alam, menyelamatkan dari tangan-tangan kafir dan musyrikin, ianya pembukaan yang turut bergembira olehnya penghuni-penghuni langit, lanjutan kemuliaannya melimpah ke angkasa cakerawala hingga dengannya maka berduyun-duyunlah manusia menganut agamaNya, hingga denganNya wajah bumi terukir seribu senyuman mekar".


 
Perang Mu'tah PDF Print E-mail
Written by admin   
Saturday, 10 May 2008
Peperangan Mu'tah ini merupakan peperangan terbesar, padanya berlaku pertempuran yang sengit dan berat, peperangan yang berdarah, yang pernah diharungi oleh tentera Islam khusus semasa hayat Rasulullah (s.a.w). lanya merupakan sebagai muqadimah dan persiapan kepada pembukaan-pembukaan Islam ke atas bumi-bumi Nasara, peristiwa berlaku di bulan Jamadilawal di tahun kelapan (8) Hijrah, bersamaan bulan Ogos atau September tahun 629 Masihi.

 
Beberapa Sariyah dan Ghazwah di Tahun Ke Tujuh PDF Print E-mail
Written by admin   
Saturday, 10 May 2008
Setelah Rasulullah (s.a.w) berjaya mematahkan dua kuasa Barisan Bersekutu, kini Rasulullah (s.a.w) menumpu tenaganya untuk mematahkan kuasa ketiga dan terakhir, iaitu kelompok-kelompok Arab Badwi yang angkuh yang tinggal di sekitar lembah dan pergunungan Najd, di mana mereka ini masih berani lagi membuat rompakan dan kerja-kerja melanun dari semasa ke semasa.

 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Results 1 - 9 of 12