Assalammualaikum w.b.t segala puji bagi Allah S.W.T tuhan sekalian alam , selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi kita Rasulullah S.A.W , ahli keluarga Baginda , para sahabat serta orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka dalam menyebarkan dakwah Islamiyah meneruskan perjuangan tanpa kenal erti penat lelah hingga ke era globalisasi ini.
Mengenai tajuk diatas ana ingin berkongsi pengalaman ana sebelum ini dimana ana jahil mengenai agama walaupun ana seorang yg beragama islam.Islam hanya pada kad pengenalan dan nama sahaja. Pada diri ana langsung sedikit pun tidak mencerminkan seorang muslim ,Subhanallah Betapa jahilnya diri ini ketika itu. Ana percaya masih ramai lagi remaja seperti ana di luar sana. Rakan-rakan ana sendiri, masing-masing berkeinginan mahu masuk syurga namun tiada sedikit pun amalan atau usaha untuk ke arah itu. Masing-masing takut untuk dicampakkan kedalam api neraka, tetapi hakikatnya usaha kami, amalan kami, perbuatan kami makin mendekatkan diri kami kearah api neraka. Subhanallah, ana begitu takut sekarang apabila menceritakan pengalaman silam ana. Namun detik hati ana mengatakan untuk meneruskan untuk menulis artikel ini kerana untuk dibaca, dijadikan teladan oleh remaja zaman sekarang. Walaupun diri ini diberi nikmat oleh Allah mendapat pendidikan Agama tapi ana sombong bodoh, langsung tidak mengamalkan ilmu didada, ana tahu solat, ana tahu untuk membaca Al-Quran, tetapi kesombongan diri ana yg tinggi , ana hanya pandang sebelah mata saja ibadah-ibadah wajib ini.Apa yang ana utamakan, muzik, perempuan, enjoy, lepak, rokok , konsert dan mengabaikan ibadah wajib ana sebagai seorang muslim Astaghfirullah sungguh banyak dosa-dosa ana. Dalam kelekaan dan keasyikan ana terhadap godaan duniawi, Allah S.W.T masih menyayangi diri ini, masih ada orang yang mahu menasihati ana untuk mengingatiNYA iaitu ibu ana sendiri, tapi apa yang ana lakukan, ana marah, memberontak sehingga mahu membunuh ibu ana.. Ya ALLAH betapa besarnya dosa ku Ya ALLAH aku ingin membunuh orang yang membesarkan aku. Astaghfirullah, ampunilah dosa hambamu ini Ya ALLAH. Allah maha kuasa, Allah menyelamatkan ibu ana, dengan rahmatNya, hati ana yang keras membatu dilembutkan dengan air mata adik kesayangan yang memeluk ana. Ana memohon maaf di atas perbuatan ana kepada ibu ana. Walaubagaimanapun ana masih di tokok yang sama, masih melanggar perintahNya, tidak menunaikan solat fardhu , apatah lg menyentuh Al-Quran. Langsaung ana tidak endahkan. Ana hanyut dengan khayalan duniawi tanpa memikirkan ajal semakin hampir dengan diri ana. Ana semakin teruk ana mula berjudi, dari situ ana mula menyentuh najis dadah iaitu pil kuda, tapi hanya peringkat cuba-cuba , dalam keasyikan berjudi , tanpa disedari ana hampir meminum arak tetapi Allah sekali lagi menyelamatkan ana. MasyaAllah , seteruk-teruk manusialah ana jika menyentuh arak, kerana araklah RAJA segala KEJAHATAN. Allah S.W.T amat menyayangi ana tapi ana langsung tidak mengingatiNYA. Allah uji ana dengan memberi musibah kepada ana. Ana terkeluar dari kolej tempat ana belajar .Ana menjadi tidak keruan kerana ana sudah tidak ada tempat belajar. Namun tanpa ana sedari, sejak dari dulu ada insan yang sentiasa rapatkan dirinya dengan ana dan banyak memberi nasihat tanpa jemu walaupun dia tahu bahawa ana memang tidak akan mendengar nasihatnya itu. Akak ana tersayanglah banyak memberi nasihat kepada ana Dia mengajak ana untuk duduk bersama dengannya , kerana dia sudi untuk membimbing ana , sebelum ini ana kurang mengenali siapa diri sebenar akak ana . Dia banyak menyokong ana dan memberi kata-kata semangat. Dengan rahmat dari Allah S.W.T hati ana mula terbuka sedikit untuk merapatkan diri lagi dengan Islam. Banyak ana ajukan soalan kepada akak ana.Semakin lama hati ana menjadi tenang Dengan taufik dan hidayah dari Allah S.W.T hati ana telah berubah untuk merapatkan diri dengan Islam Dan Allah maha kuasa memang telah ditentukan sejak dari Luh Mahfuz lagi kehidupan ana. Oleh sebab itulah Allah banyak membantu dan menyayangi diri ana kerana Allah maha mengetahui bahawa satu hari nanti Dia akan memberi hidayahNya kepada ana. Sekarang ana mula memahami Islam, Alhamdulillah sungguh besar nikmatMu ini ya ALLAH, syukur Alhamdulillah . Ana ingin perbetulkan hidup ana , ingin menebus dosa-dosa ana yang tak terhingga banyaknya. Kini ana ingin menjadi seorang da’ie yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada keburukan. Alangkah baiknya jika ana dapat merapatkan diri ana dengan remaja-remaja yang sebaya dengan ana untuk menarik mereka untuk turut serta memperjuangkan amar makruf nahi munkar. Ana percaya memang masih ramai lagi diluar sana yang masih mencari-cari NurNya. Pemuda- pemudi Islam Ayuh!!!! Bangkitlah!!! Allahuakbar!!!! written by : *tEnGkU » Post Comment
Only registered users can write a comment. Please login or register.
» 4 Comments
1"abc" at Tuesday, 15 July 2008 16:44
aaaaaaa
2"~" at Wednesday, 13 August 2008 16:25
subhanallah..alhamdulillah...semoga ditetapkan hati2 kita tuk tegar memilih jalan ini walau beranjau n selalu tersadung...mujahadah jgn berputus asa...peringatan khas untuk diri sendiri n umumnya untuk semua...moga semua dlm redhaNya...
3Comment at Sunday, 07 September 2008 15:39
salamalaika...its may cos tears and blood to start or make a turning point, but to those who believe in Allah, it is nothing rite... insya Allah. i'm muslim since born, but, only Him know, how muslim i am... i still searching for him in my life and for my soul. i'm search for His love, that i still believe somewhere waiting for me, although i have made Him sad... i'm hoping He would forgive and acccept my repent. wallahualam
4"tanggapan" at Monday, 15 September 2008 06:39
bagus, terkesan. teruskan perjuangan dakwahnya.
|