10 Muwasofat merupakan ciri-ciri utama pembinaan seorang kader dakwah. Dari detik pertama seseoarang itu menjejaki alam tarbiyyah, dia tidak dapat di pisahkan dengan pembinaan muwasofat-muwasofat ini sehingga dirinya terus di baluti oleh Islam yakni menjadi individu muslim yang unggul. Berikut merupakan sedikit pendetailan terhadap 10 Muwasofat.
Berkata Iman Hassan Al-Banna ketika melalui marhalah ini 'Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami'
1. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
Redha Allah sebagai
tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
Sentiasa muraqabah
Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
Menjaga kebersihan
hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.
Pendetailan Ciri:
1.Tidak menjampi kecuali dgn al-Quran yg ma’thur
2.Tidak berhubung dengan Jin
3.Tidak meminta bantuan dari orang yg meminta bantuan
jin
4.Tidak menenung nasib
5.Tidak mendekati tukang tilik
6.Tidak mengusap kubur
7.Tidak meminta bantuan dari simati
8.Tidak bersumpah dgn selain Allah
9.Tidak mempercayai adanya sial
10.Mengikhlaskan
amal kerana Allah
11.Mengimani
rukun-rukun Iman
12.Mensyukuri
Allah swt ketika menerima nikmat
13.Sentiasa
sedar Syaitan adalah musuh
14.Menerima
sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yg di turunkan selain Allah swt
2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
Perlu melakukan
ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
Perlu belajar untuk
membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
Tidak melampau atau
berkurang (pertengahan).
Pendetailan Ciri:
1.Tidak menolak utk azan
2.Bersuci dgn sempurna
3.Sangat menghargai
solat berjemaah
4.Sangat suka berjemaah
di masjid
5.Memperbaiki mutu solat
6.Qiamullail seminggu
sekali
7.Menunaikan zakat
8.Berpuasa wajib
9.Berpuasa sunat sehari
setiap bulan
10.Ada niat utk menunaikan haji
11.Beriltizam dgn
adab-adab tilawah
12.Khusyuk ketka membaca
al-Quran
13.Menghafaz 1 juzuk dari
al-Quran
14.Berdoa pada
waktu-waktu yg diutamakan
15.Mengakhiri harinya
dengan taubat dan istighfar
16.Menjadikan setiap amalan
mempunyai niat
17.Menjauhi dosa-dosa
besar
18.Sentiasa membaca zikir
pagi
19.Sentiasa membaca zikir
petang
20.Mengingati Allah swt
pada setiap situasi
21.Menunaikan Nazar
22.Menyebarkan Salam
23.Menahan anggota dari
perkara haram
24.Beri’tikaf di bulan
Ramadhan jika ada peluang
25.Menggunakan sugi/siwak
26.Sentiasa bersuci
(berwudhuk) sedaya mungkin
3. Akhlak yang mantap (Matinul
Khuluq)
Akhlak kita ialah
Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.
·Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan
dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas,
menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.
Pendetailan Ciri:
1.Tidak takabbur
2.Mempunyai pendirian
3.Tidak menipu
4.Tidak mencaci
5.Tidak mengadu domba
6.Tidak mengumpat
7.Tidak berdusta
8.Tidak mengejek
9.Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan
10.Tidak
berkawan dgn orang yg berkelakuan buruk
11.Mengasihi
orang yg lebih muda
12.Menghormati
orang yg lebih tua
13.Menunaikan
janji
14.Menundukkan
pandangan
15.Menjaga
rahsia
16.Menutup
dosa orang lain
17.Cemburu
terhadap isteri
18.Mempunyai
perasaan cemburu atas agamanya
4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
Walaupun kaya, perlu
bekerja.
Tidak terlalu
mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
Meletakkan jawatan
dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan
pendapatan.
Melakukan setiap
kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
Menjauhi riba dalam
semua lapangan.
Menyimpan untuk
waktu kesempitan.
Menjauhi segala
bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
Memastikan setiap
sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.
15.Mengetahui
aspek keburukan dari perancang keluarga
16.Mendengar
dengan baik
17.Mampu
memberikan pandangan
18.Bersedia
menerima tugas-tugas kolektif
19.Tidak
menerima syubahat yg dilemparkan keatas kita
6. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
Dakwah berat
tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat.
Rasulullah saw
menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : “Mukmin yang kuat itu lebih
baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya
ada kebaikan”
Pesanan al-Banna:
“Memeriksa kesihatan
diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan”
Pendetailan Ciri:
1.Bersih tubuh badan
2.Bersih pakaian
3.Tempat tinggal yg bersih
4.Beriltizam dgn sunnah (adab) makan dan minum
5.Tidak berjaga malam berlebihan
6.Iltizam dgn senaman 2 jam seminggu
7.Bangun sebelum terbit fajar/subuh
8.Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan
9.Meninggalkan tabiat merokok
10.Menjauhi
tempat-tempat kotor
11.Menjauhi
tempat-tempat berpenyakit
7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
Perlu azam yang kuat
untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
Tidak menghiraukan
apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
Dai mungkin melalui
suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa
dengan kesusahan.
Pendetailan Ciri:
1. Menjauhi perkara-perkara haram
2.Menjauhi tempat-tempat lalai yg diharamkan
3.Meninggalkan tempat-tempat maksiat
8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
Waktu lebih mahal
dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
Sahabat sentiasa
berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka “..Aku adalah makhluk
baru.. menjadi saksi kepada manusia.”
Pendetailan Ciri:
1.Bangun awal
2.Menggunakan masa tertentu utk belajar
9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
Untuk manfaatkan
waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
Gunakan segala masa
dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.
Pendetailan Ciri:
1.Penampilan yg elok
2.Tidak mempunyai hubungan dgn pihak yg menentang Islam
10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
Dai umpama lilin
yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
Dai adalah penggerak
dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada
dai.
Amal Islam ialah
untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
Dai merasa gembira
bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila
dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.
Pendetailan Ciri:
1.Menunaikan hak ibu bapa
2.Menyertai majlis-majlis kegembiraan
3.Membantu orang-orang yg memerlukan
4.Membimbing orang yang sesat
5.Berkahwin dgn pasangan yg sesuai
» Post Comment
Only registered users can write a comment. Please login or register.
» 1 Comment
1"acknowledgement" at Thursday, 13 November 2008 16:33by wahdi