6:165. Dan Dia lah
Yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas
setengahnya Yang lain beberapa darjat, kerana ia hendak menguji kamu pada apa
Yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya,
dan Sesungguhnya ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
2:30. Dan
(ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang
hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami)
hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan
darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan
mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa
Yang kamu tidak mengetahuinya".
Allah
lah yang telah meninggikan darjat manusia yang hina dan lemah ini dengan
mengangkat statusnya sebagai khalifah di muka bumi ini, dan sebagai khalifah,
Allah telah mengurniakan perlbagai nikmat dan rezeki kepada manusia agar mereka
dapat melaksanakan tugas kekhalifahan itu dengan sempurna dan baik. Dan
ingatlah bahawa sesungguhnya segala kurniaan dan rezeki itu tidak lain hanyalah
sebagai ujian kepada manusia.
Tugas Khalifah
Jelas
dan nyata melalui surah Al-an’am ayat 165 dan surah Al-Baqarah ayat 30, Allah
telah melantik manusia sebagai wakilnya dimuka bumi ini. Sebagai wakil Allah,
manusia secara automatik telah dikurniakan kelebihan darjat berbanding
makhluk-makhluk lain di seluruh alam semesta ini. Namun perlu diingat bahwa
setiap tugasan dan pangkat datang dengan satu tanggungjawab, dan tanggungjawab
manusia adalah tanggungjawab yang sangat besar sehingga gunung Everest
sekalipun runtuh jika memikulnya. Tanggungjawab ini bukanlah sekadar mengepalai
sebuah bilik darjah, atau sebuah pusat pengajian dan bukan juga sebuah negara,
namun tugas ini menghendaki manusia menjadi wakil bagi Allah diseluruh alam
semesta dan mentadbir segala apa yang diciptakan Allah dalam ruang lingkup dan
batas syari’at yang ditetapkan.
Jadi
apakah tanggungjawab khalifah itu ? Sering dikecilkan tanggungjawab khalifah
itu sebagai menguruskan alam ini, mentadbir dunia, dan mengelakkan kerosakan
dari berlaku dimuka bumi ini atau menyelia sumber-sumber asli di muka bumi ini
dengan baik. Namun
apakah tepat dan akurat segala penaksiran tersebut ? dihuraikan oleh Hujjatul
Islam Imam Ghazzali bahawa tanggungjawab khalifah itu menghendakkan manusia
untuk melibatkan diri dalam dua perkara iaitulah “Iqamatuddin wa siasatuddunia”
atau maksudnya mendirikan agama dan mengurus dunia.
Jadi
setiap manusia yang memahami hakikat tugas khalifah ini perlu sedar bahawa
tanggungjawab mendirikan agama itu jatuh ke atas setiap dari mereka yang juga
bermakna bahawa da’wah itu adalah tanggungjawab setiap dari kita. Juga boleh
ditafsirkan tugas khalifah itu dengan pentadbiran dunia itu perlulah dilakukan
oleh umat Islam yang beriman kepada Allah semata. Ternyata umat Islam gagal
dalam meletakkan diri mereka sebagai satu kuasa pusat yang mengurus tadbir
seluruh alam ini lantas membiarkan ianya didokong oleh kuasa barat dan kafir
laknatullah yang ternyata menguruskan alam semesta ini dengan bertuhankan hawa
nafsu mereka. Persoalannya bagaimanakah kita boleh kembali mengambil semula
jawatan ini dari mereka, tidak lain ianya memerlukan kita untuk melakukan
da’wah secara menyeluruh dan bersungguh-sungguh. Jadi “Iqamatuddin wa
siasatuddunia” hanya terlaksana apabila seorang manusia itu melakukan tugas
dakwah.
Robot
Jika
sebuah robot itu diciptakan oleh tuannya, tentulah ianya diciptakan atas satu
tujuan dan sebab tertentu untuk memenuhi kehendak tuannya. Robot tidak
diciptakan atas sebab yang sia-sia, contoh fungsi ianya diciptakan adalah untuk
memasang komponen kereta, membasuh pinggan mangkuk, mencuci lantai rumah dan
sebagai penghibur kepada tuannya. Untuk memenuhi tujuan penciptaannya, tuan
robot itu perlulah membekalkannya dengan kuasa baik dari batteri ataupun solar
bagi membolehkannya berfungsi dan melaksanakan tugasnya. Andai robot itu lari
dari tugas ia diciptakan atau tidak mampu untuk melaksanakan tugasnya, tentulah
tuannya akan memberhentikan pembekanlan kuasa kepada robot tersebut kerana
membekalkan kuasa pada robot yang tidak mampu berfungsi adalah satu pembaziran.
Kemana Rezeki Digunakan
Refleks
pada diri manusia, mereka diciptakan Allah bukanlah sekadar untuk berhibur atau
bersenang lenang, mereka diciptakan dengan tujuan hidup yang jelas dan mampu
untuk dilaksanakannya. Namun, tidaklah Allah yang maha adil dan maha mengasihi
itu menciptakan manusia dengan terkontang kanting sehingga ianya sukar untuk
melaksanakan tugas penciptaannya. Manusia dibekalkan segala rezeki didunia ini
agar mereka dapat melaksanakan tugas mereka dengan mudah dan sempurna. Namun
benarkah rezeki yang dikurniakan itu digunakan untuk aktiviti ibadah mereka dan
memnuhi tugas khalifah mereka ?. Inilah yang dimaksudkan dengan rezeki itu
sebagai ujian.
Ayuh
kita lihat reality pemuda zaman ini, kemanakah mereka menyalurkan rezeki yang
Allah kurniakan kepada mereka dan adakah mereka melaksanakan tugas khalifah
mereka. Kemanakah masa-masa mereka digunakan dan ketempat manakah wang-wang
mereka dihabiskan. Jika ditanya tentulah mudah jawabnya, untuk kepuasan nafsu
mereka dan supaya mereka up-to-date.
Tidak
hairan jika wang yang mereka terima digunakan untuk membeli komputer supaya
mereka dapat menghabiskan masa berjam-jam didepan skrin computer mereka untuk
bermain Game, menonton movie, chatting, dan melayari laman-laman web hiburan
dan sosial. Berapa banyak masa mereka terbazir didepan computer mereka untuk
aktiviti yang tidak menjurus kearah tujuan penciptaan mereka. Sedangkan
untuk menghadiri ceramah agama selama 30 minit menjadi sesuatu yang mustahil
bagi mereka yang mana sering 30 minit itu adalah terlalu sekejap untuk
menghabiskan permainan-permainan game mereka dan hanyalah ¼ dari tempoh
keseluruhan satu-satu movie.
Juga
kita lihat hari ini, membaca komik, manga dan majalah-majalah hiburan merupakan
satu supertrend yang melekat dihati pemuda-pemudi zaman ini. Naruto, Eyeshield, Wira Tunggal, Galaxy
dan Mangga merupakan naskah-naskah yang sering kelihatan di tangan-tangan
pemuda zaman sekarang dan helaian-helaian inilah yang sering menjadi bacaan
mereka. Tanpa disedari, mereka mampu menghabiskan satu majalah atau komik atau
satu episode manga dalam masa sehari tetapi cukup berat untuk menghabiskan satu
mukasurat Al-Quran atau buku-buku agama dalam masa sehari. Tidak keterlaluan
jika dikatakan kebanyakan pemuda langsung tidak mempunyai naskah Al-Quran
mereka sendiri dan jika ada pun dibiarkan berhabuk diatas almari.
Banyak
juga wang dihabiskan supaya mereka dapat memliki kenderaan bermotor mereka
sendiri baik 4 roda ataupun 2 roda. Ya, supaya mereka mudah dan cepat ke dewan
kuliah namun selain dari itu ? supaya mereka mudah ke midvalley dan Time
Square, supaya mereka tidak ketinggalah untuk ke pawagam berdekatan mereka
untuk menonton wayang gambar terbaru dari Amerika, supaya mudah bertemu pujaan
hati intan payung bunga wangi hati mereka a.k.a kekasih mereka, dan agar mereka
dapatberjalah-jalan bersama kawan untuk
menghiburkan hati mereka. Namun
mengapakah masjid-masjid dan surau-surau hari ini kosong ? kuliah-kuliah agama
dipenuhi golongan tua yang menunggu saat ajal mereka ? adakah kerana generasi
pemuda ini tidak mempunyai satu kenderaan yang memudahkan mereka ke sini ? atau
mereka terlalu sibuk dengan urusan
belajar sehingga tiada masa untuk ke masjid dan masjlis ilmu ? mengapa begini ?
Tidak
sedikit wang dilimpahkan agar mereka dapat memiliki handphone tercanggih,
pakaian yang paling trendy dan aksesori-aksesori yang inovatif dan canggih. Namun
mengapakah untuk menginfakkan sekadar RM 2 kedalam tabung amal atau tabung
masjid menjadi terlalu berat ? mengapa mereka sangat peka dalam memperbaharui
handphone mereka, mp3 player mereka dan pakaian mereka namun langsung tidak
ambil kisah untuk memperbaharui iman mereka dan menaiktarafkan pengetahuan
mereka dalam agama ?
Juga
budaya lepak dan hanging-out di kedai mamak atau yang terbaru pacak menjadi
satu kebiasaan bagi para pemuda sekarang. Baik sekadar bersua mukan, menonton
bola ataupun menghabiskan masa yang tersisa. Sering di sesi seperti ini
mereka berbicara hal wanita, bolasepak dan artis-artis. Bercerita mengenai
agama, sirah ataupun perkembangan umat Islam tidak pernah keluar dari mulut
mereka walau untuk selang masa seketika. Dan terkadang, sesi seperti ini
berlanjutan hingga ke pagi namun untuk menghabiskan masa sebegini untuk solat
malam adalah terlalu mustahil bagi mereka.
Banyak
dikalangan pemuda zaman ini apabila berfikir nescaya keluarlah angan-angan akan
siapkah perempuan seterusnya yang akan di”tackle”nya, apakah movie seterusnya
yang akan ditontoninya, bagaimanakah untuk mengumpul duit bagi membeli
handphone terbaru yang diingininya dan apakah strategi yang perlu dilakukannya
untuk memenangi sesuatu game. Ternyata tiada masa untuk mereka berfikir untuk
apakah mereka dijadikan, bagaimanakah untuk memperdalamkan pengetahuan
Islamnya, dengan cara apakah agama ini boleh bangkit semula dan apakah
sumbangan yang boleh diberikannya untuk memajukan umat ini. Hanyut, mereka
terlalu hanyut ditelan arus duniawi.
Kitaran
bodoh
Masa/hari
Isnin
Selasa
Sabtu
Ahad
6am
Solat Subuh
Tidur
Subuh
Tidur
7am
Qur’an
Qada Subuh
Tidur
Tidur
8am
Breakfast
Breakfast
Tidur
Qada Subuh
9am
Kelas
Kelas
Tidur
Bertolak ke Midvalley
10am
Kelas
Kelas
Tidur
Breakfast bersama Awek
11am
Kelas
Kelas
Tidur
Window Shopping
12pm
Kelas
Kelas
Lunch
Window Shopping
1 pm
Zuhur
Zuhur
Zuhur
Zuhur
2 pm
Lunch
Lunch
Main Game
Lunch bersama awek
3 pm
Tidur
Main Game
Main Game
Movie
4 pm
Tidur
Main Game
Main Game
Movie
5 pm
Asar
Asar
Asar
Karaoke
6 pm
Main Bola
Tidur
Main Bola
Karaoke
7 pm
Maghrib
Maghrib
Maghrib
Maghrib
8 pm
Isya’
Dinner
Isya’
Lunch bersama awek
9 pm
Dinner
TV
Movie/Anime
Lepak-lepak di taman
10pm
Study / Revise
TV
Movie/Anime
Lepak-lepak di taman
11pm
Tengok Anime / Movie
TV
Telefon awek
Supper bersama awek
12am
Tengok Anime / Movie
TV
Friendster / Facebook
Pulang ke rumah
1am
Tidur
Isya’
Tengok Bola
Telefon awek
2am
Tidur
Tidur
Tengok Bola
Baca Manga
3am
Tidur
Tidur
Baca Manga / Magazine
Tidur
4am
Tidur
Tidur
Tidur
Tidur
5am
Tidur
Tidur
Tidur
Tidur
Inilah
mungkin trend para pemuda hari ini dalam kehidupan mereka, berulang hari demi
hari dan akhirnya menjadi satu kitaran kebiasaan mereka. Tidak hairanlah mereka
masjid-masjid sering kosong, mengapa mereka langsung tidak tahu perihal nasib
umat terkini, tidak ada kesedaran untuk meningkatkan kefahaman agama dan terlalu
naïf untuk melaksanakan tugas dakwah mereka.
Jadi
inikah cirri-ciri khalifah yang dikehendaki Allah, dengan gaya hidup berginikah mereka akan memiliki
kelayakan untuk menjadi ahli syurga Allah? Sesungguhnya syurga Allah itu
bukanlah murah dan mudah untuk diperoleh. Ianya memerlukan kita untuk memenuhi
segala tanggungjawab yang telah diletakkan di atas pundak kita selama hayat di
dunia, dan dengan trend bergini tertunaikah tanggungjawab mereka? Jika analogi
robot dan tuannya tadi disamakan dengan hubungan antara Allah dan hambanya,
nescaya sudah Allah cabut segala sumber rezeki yang diberikannya kepada
manusia. Namun,
ketahuilah bahawa Allah itu maha pengasih dan maha penyayang, ianya memberikan
manusia penangguhan di kehidupan dunia dan segala balasan bakal diberikan di
akhirat kelak.
Rata-rata sikap pemuda yang beginilah yang menyebabkan Islam belum mampu
untuk bangkit dan menerajui pemerintahan dunia, “Iqamatuddin” pun tidak
dilaksanakan “siasatuddunia” sudah tentulah jauh panggang dari api. Islam
hanyalah sebagai nama yang tertera di kad pengenalan mereka dan sebagai ritual
sampingan yang boleh dilakukan mengikut hawa nafsu mereka, tidak ada langsung
keterikatan mereka dengan Islam dan kesyumulan Islam langsung tidak mereka
fahami. Islam hanyalah diambil dari aspek solat, puasa, zakat, dan haji yang
terkadang sering mereka lupa atau abaikan.
Jadi Bagaimana ?
Penyelesaian bagi perkara ini memerlukan para pemuda sekarang ditanamkan
semula dengan kefahaman Islam yang tinggi di dalam dada mereka. Juga perlu
diputuskan dari mereka pengaruh-pengaruh negative dari mereka bawaan dari unsur-unsur
jahiliyyah yang menggila.
Sering
kita melarang mereka, mengatakan ini haram itu haram sebaliknya tidak
memberikan sebarang solusi kepada mereka, kesannya jiwa mereka kosong dan
mereka akan kembali kepada tabiat lama mereka semula. Kebelakangan ini,
produk-produk Islamik bolehlah dibanggakan, kian banyak novel-novel Islamik
yang boleh dijadikan bahan bacaan, muzik-muzik Islam dari Indonesia juga
bolehlah menggantikan musik-musik barat sebagai halwa telinga para remaja,
selain itu, penerbitan filem-filem seperti Sang Murabbi, Kiamat Sudah Dekat dan
pelbagai lagi seleksi dokumentari bolehlah dijadikan titik tolak untuk
menghasilkan lebih banyak karya yang seumpanya. Boleh disimpulkan disini bahwa
perkembangan media-media Islam berbanding sepuluh tahun lepas adalah
membanggakan, lebih berkualiti dan lebih meluas cuma jika ditingkatkan
kuantitinya maka adalah lebih baik.
Menanamkan
kefahaman Islam yang syumul secara kaffah merupakan faktor yang sangat-sangat
penting. Institusi keluarga yang gagal mendidik dan kurangnya kefahaman Islam dalam
hati remaja zaman ini boleh diatasi dengan teknik "Rumah Arqam bin Abi
Al-Arqam". Institusi usrah dan tarbiyyah perlu diperkasakan dan
penggerak-penggeraknya perlulah lebih aktif mempromosikan cara ini. Hal ini
adalah kerana, dengan method inilah Rasulullah s.a.w dahulunya mendidik para
sahabat yang akhirnya mempunyai satu keimanan yang mantap, ketaqwaan yang
mendalam dan hamasah yang berapi-api. Tambahan pula menyibukkan diri mereka
dengan aktiviti-aktiviti usrah secara automatiknya akan memisahkan mereka dari
perkara yang sia-sia; usrah, mukhayyam, mabid, khatibah daurah, tamrin mungkin
berkesan dalam menggantikan perkara-perkara lagho yang menghantui mereka selama
ini.
Jadi, penggiat atau aktivis dakwah
perlulah lebih aktif dan cergas dalam mempromosikan method ini agar kebaikannya
dapat tersemat dan menyelamatkan sekian generasi muda yang kian lama kian karam
dibuai arus jahiliyyah. Ayuh! Ya Ayyuhal Mudathir, kum fa’anzir!
» Post Comment
Only registered users can write a comment. Please login or register.
» 4 Comments
1"Komen" at Wednesday, 26 November 2008 06:29by Hazim Azhar
Jazakallah, akhi Shazwan Al-muhandith..
Tulisan yang amat baik + Fikrah yang jelas. Semoga kita menjadi syabab yang sentiasa berjuang untuk islam.
Dakwah ini jalan panjang..
2"pegawai" at Friday, 19 December 2008 06:41by willy
Subhanallah walhamdulillah wa lailahaillallahu wallahu akbar
Terima kasih, Artikel yang sungguh bagus.. semoga kita mampu melaksanakan tugas sebagai manusia ciptaan Allah SWT..
3"Respond : Realiti pemuda" at Friday, 19 December 2008 07:42by hambaNYA
Bismillahirrahmanirrahim,
Salam~
• Keep it up,writer~ [Fastaqim kama umirta].Semoga bermanfaat utk semua
• Semoga dijauhkan drpd fitnah dunia yang melalaikan ~
• Allahumma faqqihna fiddeen :)
-->“Ya Allah, akhirilah hidup kami dgn husnul-khatimah (kesudahan yg baik), dan jangan KAU akhiri hidup kami dgn suu-ul-khatimah (kesudahan yg buruk)”
“Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pada hujungnya dan sebaik-baik amalku pada akhir hayatku, dan (jadikanlah) sebaik-baik hariku iaitu hari ketika aku bertemu dengan-Mu (di hari kiamat)” --(H.R. Ibnus Sunny)
Subhanallah walhamdulillah wa la ilaha illallah walllahu akbar~
p/s : Maaf,ana xsedar yg xblh post tulisan jawi di ruang komen..Mtk tlg admin delete comment yg ke-3 tu nnt,ye...syukron jazilan kathira...wslm~
4Comment at Sunday, 21 December 2008 02:06by nine_9
salam...penulisan yang sangat bagus! keep up the good work..