|
Written by admin
|
|
Thursday, 08 January 2009 23:25 |

Perkembangan di Gaza3 - 6 Januari 2009, Hari ke 11
- Bilangan korban penduduk Gaza meningkat kepada 573 orang dengan angka cedera mencecah 2470. Sebuah kereta kebal rejim Zionist dilaporkan membedil sebuah sekolah United Nations menyebabkan 40 orang terbunuh. Seorang penduduk Gaza, Fares Akram menyatakan bahwa tiada lagi tempat yang selamat di Gaza akibat tindakan rejim Zionist mengebom dan membedil missile tanpa henti ke setiap tempat tanpa mengecualikan kawasan kediaman dan hospital.
- Pertempuran sengit dilaporkan berterusan dengan tentera rejim dilaporkan berjaya menduduki kawasan kedua terpadat di Gaza; Khan Younis. Walaubagaimanapun, sumber dari jurucakap Briged izzudin al-Qassam menyatakan bahwa mereka berjaya membunuh sekurang-kurangnya 10 orang tentera rejim dan berjaya mencederakan 30 yang lain. Sumber pihak Zionist pula menyatakan mereka menerima 3 kematian dan 24 kecederaan akibat "friendly fire". Hamas juga menyiarkan video yang menunjukkan sebuah pesawat pengintip Israel ditembak jatuh pejuang.
- Selepas 10 hari bertempur, gerakan pejuang memberikan kejutan dengan menggunakan senjata-senjata baru yang belum pernah digunakan. Antaranya ialah roket yang boleh mencapai sejauh 60km. Ini sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh Zionis-Yahudi. Pelancaran roket ini menimbulkan "Insomnia" kepada penduduk di Selatan Israel.
- Bekalan makanan dan ubat-ubatan kian meruncing akibat sekatan dari pihak Rejim. John Ging, ketua United Nations Relief and Works Agency (UNRWA), menyatakan rasa terkejutnya apabila melihat kekejaman tentera zionist ke atas mereka yang cedera apabila beliau melawat sebuah hospital Shifa di GaIza.
- Rakyat Malaysia di jemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.Stesen Al-Jazeera akan mengadakan liputan langsung di tapak rapat umum. Rapat Umum akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam pada 10 januari 2009 (Sabtu) dari pukul 10 hingga 12.
- President Israel; Shimon Perez menyatakan bahwa Tel Aviv tidak risau akan pandangan buruk dunia terhadapnya disebalik kecaman dari seluruh dunia.
- Perdana Menteri Palestin; Ismail Haniyyah menyatakan rasa terima kasihnya kepada dunia arab kerana menunjukkan sokongan kepada perjuangan mereka di Gaza.
- Beberepa serangan dilaporkan dilakukan terhadap komuniti Yahudi di Perancis, Sweden dan Britain reaksi dari kekejaman Zionist di Gaza. Antara bentuk serangan yang dilakukan adalah dengan membakar kereta di hadapan pusat ibadat Yahudi, memecahkan tingkap kediaman dan termasuk menembak seorang lelaki Yahudi.
- Beberapa pemimpin dunia mula bersuara dengan gesaan bodoh lagi mustahil. Tony Blair menyatakan usaha damai boleh dicapai dalam masa singkat jika Mesir mengawal kemasukan senjata ke Gaza melalui negaranya. President Perancis pula menggesa Syria menekan Hamas supaya peperangan dapat dihentikan
Sumber berita - AP, PressTv, Al-Jazeera, Palestinkini.info, Palestine.info
Perkembangan di Gaza – 5 January 2009, hari ke-10
- Walaupun dengan segala kelengkapan canggih yang dimiliki dan pengeboman dari udara lebih dari seminggu, tentera Israel masih belum mampu untuk menawan Gaza dan menumbangkan pemerintahan Hamas. Al-Manar, televisyen rasmi pejuang Hizbullah melaporkan bahawa kereta kebal dan tentera Israel hanya menggempur kawasan yang tidak didiami penduduk dan tidak mampu untuk menawan kawan Bandar dan perkampungan.
- Jeneral tentera Lubnan yang sudah bersara juga merupakan pakar taktikal pertempuran, Walid Soukariyeh menyatakan rejim Zionist masih belum mampu untuk merealisasikan perancangan awal mereka untuk membahagikan Gaza kepada 3 bahagian. Sumber Hamas pula menyatakan, disebalik rancangan rejim Zionist untuk mengepung Gaza melalui 3 penjuru, tentera rejim sebenarnya yang telah diasingkan kepada 3 bahagian.
- Jet pejuang Israel megebom sebuah bangunan yang menempatkan pejabat kebajikan di Khan Younis. Sumber hamas menyatakan, sekurang-kurangnya 18 lagi penduduk Palestin terbunuh pada hari ke-10 serangan.
- Seorang doctor sukarelawan dari Scotland yang berkhidmat di sebuah hospital di Gaza menyatakan beliau mempunyai bukti bahawa tentera rejim Zionist menggunakan bahan sisa radioaktif untuk menyerang penduduk Palestin.
- Pekerja Hospital di Gaza menyatakan bahawa mereka kekurangan fasiliti untuk mengendalikan bilangan penduduk cedera yang kian meningkat akibat serangan tentera Israel.
- 5 sekeluarga meninggal serentak setelah bedilan kereta kebal Israel terkena tepat ke rumah mereka. Kemudiaannya tentera rejim memberi amaran kepada penduduk Gaza untuk meninggalkan rumah mereka atau menerima risiko dibedil kereta kebal.
- Sekurang-kurangnya 40 tentera rejim dilaporkan mati atau cedera parah di medan pertempuran, Jihad Islami menyatakan 7 kereta kebal Israel berjaya dimusnahkan pejuang, 1 helikopter berjaya ditembak jatuh.
- Dilaporkan, hanya 2 kedai roti dibuka diseluruh Gaza kerana ketiadaan bekalan gas untuk memasak.
Sumber berita – Agencies, PressTV, Arabnews, Al-Jazeera
Newer news items:
Older news items:
|